#Merah169 : Terkejut Dengan Reaksi Tun Mahathir Ini!!!


"Mereka (kumpulan baju merah) mahu BERSIH menjadi rasis supaya mereka boleh mempertahankan Melayu. Bagaimanapun, mereka bukan mempertahankan Melayu. Ia (Himpunan Rakyat Bersatu) tak perlu." 

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau masih tidak tahu menahu apa matlamat Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan semalam.

Diminta memberi komen mengenai program yang didakwa dihadiri kira-kira 200,000 orang itu, Dr Mahathir berkata: "Dia punya objektif apa dia? Saya pun tak tahu, macam mana nak komen."

Bekas perdana menteri itu ditemui media selepas menghadiri majlis di Cyberjaya semalam.

Dr Mahathir memang kritikal terhadap perhimpunan yang diadakan sebagai 'membalas' BERSIH 4 yang diadakan pada 29 dan 30 Ogos lalu.

Malah beliau turut membuat dua kemunculan singkat sempena BERSIH 4.

Kata Dr Mahathir BERSIH 4 bukanlah perhimpunan bersifat rasis kerana ia disertai pelbagai kaum.


Program itu turut tidak disenangi oleh Timbalan dan Naib Presiden Umno.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan sempena Hari Malaysia berkata, sambutan detik penting negara wajar dizahirkan dengan acara yang melambangkan perpaduan rakyat.

"Janganlah pula Hari Malaysia disambut dengan perarakan atau perhimpunan yang boleh ditafsirkan sebagai berbaur perkauman walau apapun motif di sebaliknya," kata beliau.

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pula berkata sebarang perhimpunan untuk menyakitkan hati serta mencetuskan provokasi pihak lain perlu dielakkan.

"Perlu ada penghormatan kepada negara dan bukan dengan perhimpunan untuk tujuan yang tidak tentu kerana ia hanya memporak perandakan keharmonian kaum," katanya. (SUMBER)

Tidak dinafikan bahawa berlaku insiden kekecohan di depan pintu gerbang Petaling Street semalam yang menyaksikan sekumpulan pemuda yang berbaju merah berkeras mahu masuk ke jalan yang ‘dikuasai’ orang Cina itu.

Meskipun begitu, mereka akhirnya berjaya disuraikan dengan baik walaupun pihak berkuasa menggunakan meriam air untuk mengawal keadaan yang kecoh di lokasi kejadian. Penulis diberitahu bahawa insiden tersebut berlaku hampir dua jam.

Namun di sebalik apa yang berlaku, penulis melihat bahawa kumpulan bangsa Melayu yang berkeras itu masih lagi menghormati dan patuh pada pihak berkuasa. Sekeras-keras pendirian mereka, akhirnya mereka bersurai juga, bukan?

Sekiranya insiden bertengkar dan sikap ‘keras kerak nasi’ itu dibandingkan dengan insiden merempuh pasukan pihak berkuasa oleh Unit Amal dan peserta Bersih sebelum ini, agaknya siapakah yang lebih buruk perangai?


Masih lagi terbayang di mata penulis melihat bagaimana anggota pihak berkuasa yang menjadi membentengi Dataran Merdeka ketika itu dirempuh oleh puak-puak Bersih. Mereka bertengkar, memaki hamun, mencarut dan mengeluarkan kata nista sebelum menyerbu, cuba meloloskan diri masuk ke Dataran Merdeka.

Bila mereka ditahan pihak berkuasa, maka lebih kuat lagi suara mereka memaki hamun dan melawan. Lebih ramai yang ditahan, lagi mereka suka kerana itulah tujuan mereka – mahu ditangkap polis seramai mungkin.

Kononnya, selepas ditangkap polis barulah mereka cukup syarat untuk jadi pejuang Bersih yang sejati. Lagipun setelah ditahan pihak berkuasa, mereka boleh menuduh pihak berkuasa itu sebagai zalim, tyranny dan ‘anjing kerajaan’. Itulah yang mereka mahu…

Berbanding dengan kejadian semalam, apalah sangat jika insiden itu hanya memakan masa selama hampir dua jam. Pihak berkuasa sebelum ini bertempur dengan puak Bersih selama sehari semalam, bukan?

Lagipun, jika dibandingkan dengan sikap ganas puak Bersih sebelum ini yang menterbalikkan kenderaan polis, membelasah anggota polis hingga cedera berdarah teruk dan merosakkan harta benda awam sewenang-wenangnya, himpunan Rakyat Bersatu semalam lebih aman, bukan?

Tiada pula laporan kereta polis yang diterbalikkan semalam. Tiada pula laporan yang mengatakan anggota polis dibelasah beramai-ramai. Tiada pula cerita yang menyaksikan kedai dipecahkan oleh mana-mana pihak. Maka benarlah ia aman, bukan?


Apatah lagi jika ditinjau apa yang berlaku di Padang Merbok semalam, adakah berlaku insiden pijak gambar Lim Kit Siang atau Guan Eng? Ada dipijak gambar sesiapa? Tidak ada, bukan? Maka sekali lagi, benarlah himpunan di Padang Merbok itu aman semalam, bukan?

Kenapa ada peniaga yang menutup kedai? Pada pandangan penulis, ia adalah kerana anggapan dan sikap paranoid mereka sendiri terhadap himpunan tersebut. Awal-awal lagi mereka dihasut oleh pihak tertentu untuk menutup kedai di atas alasan kononnya himpunan itu ganas. Maka nasiblah. Siapa suruh percaya dan tutup kedai, bukan?

Apapun, penulis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur yang khabarnya akan menggegarkan Pulau Pinang dengan himpunan yang sama nanti. Himpunan Rakyat Bersatu semalam setidak-tidaknya membuktikan bahawa Melayu masih lagi tidak bacul dan mempunyai suara di tanahair sendiri.

Namun malangnya, ada juga yang tidak puas hati dan ‘kabur’ dengan objektif himpunan Melayu bersatu itu semalam. Biasalah, orang tua-tua kadang kala daya pemikiran mereka semakin kabur dan tumpul. Banyak perkara yang dia tidak faham sekarang. ‘Tidak lagi menjadi Perdana Menteri’ pun dia tidak lagi faham dengan keadaan itu… (SUMBER)

#BBNews : Yang pasti Bersih 4 adalah himpunan haram yang tidak mendapat permit dan kelulusan daripada Polis serta DBKL berbanding Himpunan Rakyat Bersatu yang mendapat kebenaran daripada kedua-dua pihak tersebut.

8 ulasan:

  1. KAMI SEKELUARGA TAK LUPA MENGUCAPKAN PUJI SYUKUR KEPADA ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4 angka [2699] alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi KI JAYA WARSITO,,di no (((085-342-064-735)))
    insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 870 JUTA , wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..







    Solusi yang tepat jangan anda putus asah... KI JAYA WARSITO akan membantu
    anda semua dengan Angka ritual/GHOIB:
    butuh angka togel 2D ,3D, 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: KI JAYA WARSITO DI NO: [[[085-342-064-735]]]


    ANGKA RITUAL: TOTO/MAGNUM 4D/5D/6D


    ANGKA RITUAL: HONGKONG 2D/3D/4D/



    ANGKA RITUAL; KUDA LARI 2D/3D/4D/



    ANGKA RITUAL; SINGAPUR 2D/3D/4D/



    ANGKA RITUAL; TAIWAN,THAILAND



    ANGKA RITUAL: SIDNEY 2D/3D/4D



    DAN PESUGIHAN TUYUL

    BalasPadam
  2. Saya bukan suka sangat dengan demo bersih , tapi saya hairan bila bersih 1,2,3 ini tidak punbertindak balas boleh cool saja , tapi bila bersih minta Najib lanun undur kerana skandal wang RM 2.6 billion masuk akaun sendiri dengan disah kan oleh najib dan SPRM kumpulan merah ini boleh keluar ke jalanan , Apa ini kerana najib ke atau melayu , itu sebab kami keliru kemudian tajuk berubah ubah , mula demi rakyat lepas itu melayu mana satu lepas tu mempertahan kerajaan korup , macam ini la kalau tak faham saya jelaskan , bila saya tengok di atas pentas dipadang merbok kelmarin hampir 95% kuncu kuncu najib baru saya faham ,bahawa kebiasaan nya golongan pemimpin jenis ini bila nak kuasa atau rasa kuasa tergugat mereka akan pergi kepada orang melayu cerita pasai perkauman dan kebiadaban cina tapi setelah mereka dapat kuasa dan boleh memperolehi projek mereka akan mengadap towkey cina untuk minta tolong untuk dapat duit cepat ini lah cara hidup mereka untuk survival , macam PAS kalau semua orang melayu tak buta isi alquran dah lama parti ini dikuburkan jadi jangan la orang melayu sering diguna gunakan .

    BalasPadam
  3. Syabas admin memang betul perarakan semalam x macam bersih yg biadap.

    BalasPadam
  4. Bodoh laa...dua2 gambo pon puak yg sama jugak buat hal...melayu...bukak la mata skit.

    BalasPadam
  5. aku rasa kalau KETUM buat demo suruh Najib turun pun Tun akan sokong. Tun yang dulu bukan lah yang sekarang.

    BalasPadam
  6. Ingatkan TM makin tua makin bagus rupa rupa dah bertukar rupa..dah pencen tu pencen lah..ingat kubur dah melambai lambai..jgn ingat nak jadi Nabi allah HUD bolih hidup seribu tahun.

    BalasPadam
  7. Maknanya mahathir bersubahat dengan laknat2 cina memijak potret pm dan hj hadi..telah tersebar luas dimedia tp mahathir tak pernah komen..memang jenis manusia tak boleh dihormat langsung..

    BalasPadam
  8. Tak sangka mantan -mantan pemimpin besar UMNO hanya nampak Himpunan Orang Melayu sebagai elemen memecah belah perpaduan kaum.

    Semua ini adalah daripada hasil kerja Tun Mahathir. Dia yang berak orang lain yang kena cuci najis. Rusuhan di jalan raya berpunca daripada kes Anwar dipecat oleh dia hingga belarutan ke zaman Najib. 4 kali Bersih Najib yang terpaksa hadapi mana perginya mamak Tun.

    Orang Melayu dihina oleh bangsa lain kita boleh faham namun apabila orang Melayu yang memperlekehkan tindakan mempertahankan maruah bangsanya maka Melayu itu telah menderhaka dan mengkianati bangsanya.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....