#Merah169 : Cina Tidak Hormat Melayu Sebagai Punca!!!


"Orang Melayu tidak ada perasaan ke? Orang Melayu juga ada perasaan. Ramai pergi ke himpunan itu bukan akibat hasutan pemimpin tetapi pergi kerana timbul di dalam perasaan mereka sendiri yang orang Melayu kini ditolak ke dinding,"  


Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid menjelaskan Himpunan Baju Merah yang diadakan pada 16 September lalu merupakan manifestasi perasaan orang Melayu ketika ini yang merasakan mereka seperti 'ditolak ke dinding' ekoran himpunan haram Bersih 4.0 yang diadakan pada hujung bulan lalu.


Jelasnya, himpunan baju merah itu diadakan bagi menunjukkan perasaan orang Melayu yang dihina dan dipijak dalam himpunan haram Bersih sebelum ini.

Katanya, himpunan haram Bersih yang didominasikan oleh kaum Cina telah menaikkan amarah orang Melayu apabila peserta-peserta himpunan haram itu memijak gambar pemimpin Melayu dan ulama.

Tambahnya, peserta yang turun pada himpunan baju merah itu adalah dengan rela hati dan mempunyai sifat mahu mempertahankan maruah orang Melayu apabil maruah dan pemimpin mereka dicabar.

Ketua Umno Bahagian Padang Terap itu turut mempersoal tujuan himpunan haram Bersih yang diadakan kerana ia dicemari dengan insiden yang boleh mencetuskan api perkauman.

Mahdzir berkata, himpunan haram itu yang dikatakan mahu menolak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak jelas menunjukkan ia satu himpunan perkauman kerana himpunan tersebut hanya disertai satu kaum sahaja.

Ini bermakna kaum tersebut yang kononnya mahu menolak perdana menteri dalam himpunan haram tersebut mempunyai maksud tersirat dengan mahu menolak kaum Melayu di negara ini.

"Apakah motif dan niat mereka (Bersih 4). Mereka kata perarakan itu untuk menolak Datuk Seri Najib, menolak Najib juga bermakna menolak Melayu," katanya.

Mahdzir berkata, oleh itu, Bersih tidak mempunyai hak untuk mempertikaikan himpunan baju merah yang diadakan dengan mengatakan ia merupakan himpunan kaum memandangkan mereka yang terlebih dahulu memulakan perhimpunan kaum yang didominasi kaum Cina.

Beliau juga menyarankan kaum Cina dan penganjur himpunan Bersih agar menghormati perasaan orang Melayu di negara ini.-Utaranews.com

2 ulasan:

  1. cakap orang bodoh. aku elok je tak rasa apa pun. kalau dah pemalas memang la rasa tertekan bila tengok bangsa lain maju. nak buat macam mana, yang tinggal dalam umno sekarang orang yang bodoh2 belaka. mat rempit, mat tiga suku boelh lah sokong umno. ada otak tapi tak ada akal. bodo punya pencacai umno!

    BalasPadam
  2. Jangan lupa asal usul kamu..dan jangan lupa kamu asalnya susah kerana dibumi melayu inilah kalian bertebaran mencari rezeki dengan penuh kebebasan dan dibawah naugan Agung...dasar tidak boleh dihargai..semakin diberi muka semakin menghina..jgn menduga lautan dalam dan jangan disangka melayu tidak ada maruah..ini tanah melayu.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....