Khairy : Khairuddin Tidak Kebal Undang-Undang!!!


“Beliau harus melalui proses siasatan selepas terdapat laporan polis dibuat dan sekiranya berasakan tidak bersalah, beliau boleh menggunakan khidmat peguam,” katanya.

Ahli perniagaan, Datuk Khairuddin Abu Hassan dinasihatkan tidak melatah dengan tindakan dan siasatan yang sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadapnya ketika ini.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pihak berkuasa bertindak selepas kritikan keras bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan itu terhadap polis melalui laman sosial Facebook sebelum ini.

Menurut beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan, tindakan Khairuddin itu jelas merupakan satu kesalahan kerana mempertikai tugas pihak berkuasa.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Khairuddin serta pihak-pihak lain supaya memahami tidak ada individu yang kebal daripada undang-undang di negara ini.

Jumaat lalu, Khairuddin direman selama enam hari dan kini disiasat mengikut Seksyen 124 C Kanun Keseksaan atas kesalahan cuba melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Sebelum ini peguamnya, Matthias Ching seperti dipetik laman web akhbar New York Times mengesahkan Khairuddin dijadual bertemu Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di lokasi rahsia di Amerika Syarikat (AS) esok.

1 ulasan:

  1. SALAM BRO,POLIS DAH TAHAN KHAIRUDDIN TAPI BILA ZAHID NAK TANGKAP INDIVIDU YANG NAK GULING KERAJAAN MALAYSIA ? ATAU SAJA-SAJA NAK ACAH..............

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....