Himpunan Merah : Dunia Hari Ini Berbeza - Mantan KPN


”Dunia sekarang berbeza, kalau dahulu nak buat perhimpunan ianya di bawah garis panduan Akta Polis, kini ianya dibawah Akta Perhimpunan Aman dan rakyat kini dibenarkan berhimpun ujar bekas Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di dalam sidang medianya sebentar tadi.
Beliau yang mengulas isu perhimpunan anjuran beberapa NGO atau yang lebih dikenali dengan “Perhimpunan baju merah” itu berkata, ” jika sesuatu perhimpunan itu dilakukan secara aman, mereka berhak untuk melakukan sesuatu perhimpunan aman. 


Selepas ini jika kumpulan bersifat ‘rasis’, Komunis, dan chaovanis ingin membuat perhimpunan aman ianya harus dibenarkan kerana ianya adalah atas kehendak rakyat ujarnya sinis.

Pihak polis harus menjaga perkara ini agar ianya tidak menggangu dan merosakkan keselamatan negara.

Rabu ini satu perhimpunan Rakyat Bersatu yang dianjurkan sekumpulan NGO bakal berlangsung dan kelulusan mengenainya perhimpunan itu sudah diperolehi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....