Kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan mempengaruhi rakyat untuk menyokong atau tidak Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.
Pandangan itu diberikan oleh Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad.
Beliau mengajak rakyat berfikir situasi yang dihadapi BN dalam dua Pilihan Raya Umum (PRU) pada 2008 dan 2013.
“Pada 2008, semasa kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Mahathir tidak menyokong BN, dan sokongan rakyat kepada BN ketika itu berkurangan.
“Pada 2013, Tun Mahathir menyokong BN, tetapi sokongan kepada BN tetap juga berkurangan.
“Jadi adakah kritikan Tun Mahathir ini masih relevan? Saya berikan fakta-fakta ini dan kita harus meletakkan perkara ini menurut perspektifnya,” katanya dalam sidang media pada Selasa.
Dr Mahathir, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun, lantang mengkritik Najib dan kerajaan berhubung hutang RM42 bilion 1MDB dan sumbangan derma politik RM2.6 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Dr Mahathir sering kali mengatakan BN akan kalah pada PRU14 jika Najib terus menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO. (SUMBER)
Hari ini, Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berpesan kepada semua supaya menjarakkan diri daripada kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tentang komplot menjatuhkan kerajaan.
Pengerusi BNNBC, Tan Sri Shahrir Samad (gambar atas) berkata kenyataan Zahid itu bukan satu 'lesen' bagi mana-mana blog memalsukan cerita mengaitkan ahli Parlimen BN.
"Pokoknya orang yang buat cerita ini tak tanya pun Timbalan Perdana Menteri. Dan spekulasi ni datang tak berikan sebab untuk orang yang lain membuat spekulasi (lain) pula," katanya pada sidang media khas BNBBC di Parlimen petang ini, Selasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....