Memang masih terdapat ruang dan peluang bagi rakyat Malaysia yang terdiri pelbagai lapisan masyarakat untuk terus bersatu padu hidup bersama dalam keadaan yang harmoni dan aman damai biarpun negara kini bagaikan diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan.
Satu kemalangan terjadi di hadapan Tenaga Cergas Kampar, Perak yang melibatkan seorang warga tua yang hanya dikenali dengan nama Pakcik Shah Petai yang di langgar sebuah bas yang melalui kawasan tersebut.
Saksi menyatakan, beliau melihat Pakcik Shah Petai meluru lari sebelum di langgar bas menyebabkan dia rebah ditengah jalanraya.
Tiba-tiba seorang pelajar wanita Cina dari UTAR terus meluru ke arah di mana pakcik tersebut terbaring tak sedarkan diri dan pada sedaya upaya melakukan CPR tanpa henti, kata saksi tersebut lagi.
Dalam masa yang sama, gadis Cina tersebut tidak henti-henti menjerit, "Uncle..Uncle," seolah-olah ingin memberi semangat kepada mangsa agar sedar.
"Pakcik Shah masih tak sedar diri .. pihak polis datang ke lokasi kemalangan dan memeriksa mangsa yang dikatakan masih lagi dapat dirasakan nadinya."
"Tanpa putus asa, gadis tersebut terus menekan dada Pakcik Shah," kata saksi yang mengakui airmatanya menitis melihat kesungguhan gadis berkenaan untuk membantu mangsa biarpun pada penghujungnya, mangsa kemudiannya meninggal dunia.
"(Gadis tersebut) tanpa kenal siapa yang dia tolong .. tanpa mengira bangsa.... agama... dia di hadapan puluhan lelaki betul-betul membuatkan saya sebak," kata saksi tersebut lagi sambil menambah beliau kagum dengan gadis berkenaan.
"Kepada gadis tersebut, anda adalah satu dalam sejuta .. anda betul-betul telah menyentuh hati," ulasnya lagi. Al-Fatihah.
(Di tulis semula dari status asal FB Friends Of PDRM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....