Malu...Malu...Malu....Terlajak perahu boleh diundur, terlajak ludah jilat la semula. Kah..Kah...Kah..... Selepas dikecam bertubi-tubi... kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng buat pusingan U.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu mengambil keputusan untuk menarik balik tema sambutan kemerdekaan peringkat negeri yakni 'Bersih, Cekap, Amanah ' yang dipertikai ramai pihak.
Tema itu bukan saja tidak selari dengan tema nasional tetapi dilihat macam ada kaitan dengan himpunan Bersih pada 29 dan 30 Ogos ini.
Guan Eng pada sidang media di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO tergempar pagi Isnin.
Katanya kerajaan negeri akan menggunakan tema 'Sehati, Sejiwa', sama seperti yang diumumkan kerajaan Pusat bagi sambutan kemerdekaan tahun ini.
Apa yang menjadi 'turning point' keputusan kerajaan DAP itu adalah selepas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memutuskan tidak menyertai perarakan peringkat negeri.
"Keputusan ATM menarik diri daripada sambutan kali ini, akibat akur kepada desakan kerajaan pusat, menyebabkan kerajaan negeri membuat pertimbangan semula.
"Kerajaan negeri akan menggunakan tema sama dengan yang diumumkan kerajaan pusat," kata Lim.
Peranan ATM untuk melakukan perarakan kehormat diraja di hadapan Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang adalah satu tradisi penting untuk sambutan ini, katanya.
Sebelum ini, Guan Eng dikecam selepas cuba mempolitikkan tema Hari Kemerdekaan dengan hanya menggunakan slogan 'Bersih' yang serupa dengan slogan kumpulan NGO haram Bersih.
Tapi selepas dikritik beliau menukar kepada slongan 'Bersih, Cekap, Amanah' yang merupakan slogan kerajaan satu masa dulu.
Bagaimanapun tindakan itu dikritik kerana cuba mewujudkan tema berbeza dengan kerajaan Pusat.
Kementerian Pendidikan mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan sekolah-sekolah dibawahnya terlibat dengan sambutan tersebut.
Sementara polis dan tentera mengambil langkah yang sama.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, keputusan itu dibuat berikutan tema sambutan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri iaitu 'Bersih, Cekap dan Amanah' tidak sejajar dengan jiwa serta semangat sambutan Hari Kebangsaan 2015.
"Selagi Pulau Pinang nak guna tema sendiri, polis tidak akan ikut serta (dalam sambutan) Hari Kebangsaan tahun ini," katanya.
Bagaimanapun, Khalid berkata, pihaknya hanya akan menyertai sambutan tersebut sekiranya kerajaan negeri itu menggunakan tema Hari Kebangsaan 2015 iaitu 'Sehati Sejiwa'.
Pada Ahad, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memutuskan untuk tidak terlibat dalam sebarang aktiviti sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri Pulau Pinang.-24/8/2015
- SUMBER
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....