PERAS UGUT : Justo Mengaku Bersalah, Penjara 3 Tahun!!!


BANGKOK: Xavier Andres Justo dihukum penjara tiga tahun selepas mengaku bersalah tuduhan cubaan peras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International.

Hakim memberi pengurangan penjara tiga tahun daripada enam selepas mengambil kira pengakuan itu.

Hukuman itu berkuat kuasa hari ini dan Justo, 48, yang digari kaki dan tangannya terus dibawa ke Penjara Bangkok.

Justo didakwa mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan Thailand, iaitu cubaan peras ugut sabit kesalahan penjara maksimum 10 tahun dan denda 20,000 Bath.

Perbicaraan yang diadakan secara tertutup pada jam 9 pagi berakhir pada jam 12.15 tengah hari. Mengikut undang-undang Thailand, Justo masih mempunyai peluang merayu sabitan hukuman itu - Bharian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....