"Saya tidak risau sebab saya percaya kita mesti berpegang teguh dengan pendirian kita iaitu melindungi institusi dan bercakap tanpa rasa takut dan gentar," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Umno Perwakilan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri di Klang Selangor petang tadi.
Menteri belia dan sukan itu berkata, beliau berpegang dengan pendiriannya dengan menyatakan institusi itu perlu dilindungi dan bebas untuk bercakap tanpa rasa takut dan gentar.
Mengukuhkan lagi pendiriannya, beliau berkata kenyataannya mempertahankan SPRM itu selari dengan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang tidak mahu adanya "yes man" di kalangan pemimpin.
"Tadi perdana menteri sendiri kata dalam ucapannya tidak mahu 'yes man' di sekelilingnya bermaksud beliau (perdana menteri hargai sesiapa yang membawa pendapat berbeza.
"Jadi ini yang saya sedang lakukan, saya cuba untuk yakinkan (beliau) ini adalah pendirian peribadi saya berkenaan isu tersebut dan ini yang saya percaya.
"Isu ini menyebabkan kerisauan bukan sahaja kepada anggota SPRM tetapi ramai pegawai perkhidmatan awam mjuga menyatakan kerisauan dengan persepsi anggota awam diganggu tugas," katanya.
Antara lain beliau berkata pertukaran dua pegawai kanan SPRM itu tidak dimaklumkan dalam mesyuarat Kabinet kerana ia berlaku selepas mesyuarat tersebut.
Semalam Pengarah Bahagian Operasi Khas (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM Datuk Rohaizad Yaakob dipindahkan kerana "isu disiplin" berkuat kuasa serta merta.
Pemindahan mereka dibuat tidak lama selepas tujuh pegawai SPRM disoal siasat, pejabatnya diserbu dua kali dan dua daripada pegawainya ditahan semalaman oleh polis dalam tempoh seminggu.
Khairy dalam reaksinya berhubung insiden tersebut menjadi menteri pertama menyatakan kejadian itu tidak harus berlaku.
Terdahulu dalam ucapannya ketika merasmikan mesyuarat pergerakan perwakilan Umno, Klang, Khairy mengakui Umno kini berada dalam keadaan tenat, uzur dan lemah.
Menjelaskan ucapannya pada sidang media, Khairy berkata, sekiranya beliau menyatakan Umno tidak mempunyai masalah besar ia hanya mendatangkan gelak tawa orang ramai.
"Kalau saya sebut kita tidak ada masalah besar orang akan gelakkan kita.
"Ini berkisar pada krisis kepercayaan dan defisit keyakinan juga masalah persepsi, dan juga masalah pokok yang perlu diselesaikan." – 8 Ogos, 2015.-
- SUMBER
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....