SERPIHAN pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 yang hilang mungkin telah terdampar di sebuah pulau di Maldives, di Lautan Hindi, menurut laporan akhbar tempatan.
Polis masih belum mengesahkan laporan itu, tetapi serpihan pesawat dikatakan telah ditemui di Baa Atoll Fehendhoo dan Fulhahdhoo, kedua-duanya terletak di Selatan Maalhosmadulhu Atoll. Satu penemuan juga dikatakan berlaku di Pulau Noonu Atoll, di Miladhunmadulu Atoll, menurut laman web berita Haveeru.
Sebelum ini laporan tempatan Maldives juga pernah melaporkan melihat pesawat terbang rendah pada hari MH370 dilaporkan hilang. Gambar salah satu kepingan besar logam yang ditemui berhampiran resort Banyan Tree di pulau Vabbinfaru dikatakan membawa persamaan yang ketara dengan bahagian sayap dipenuhi cengkerang yang ditemui terdampar di pulau Reunion Julai lalu dengan jarak 2,000 batu dari Maldives.
Penduduk Maldives Mohamed Wafir, yang menyiarkan gambar-gambar asal penemuan itu ke Facebook, mendakwa bahawa ia ditemui pada 31 Mei. Seorang pekerja syarikat penerbangan, James Hardy, menegaskan bahawa potensi penemuan itu lebih signifikan berbanding bangkai yang terdapat di Pulau Reunion, dan mampu ‘mengubah segala-galanya’ mengenai siasatan.
“Saya dan rakan-rakan yang bekerja dengan syarikat penerbangan yang telah melihat gambar-gambar ini percaya ia adalah bahagian-bahagian kapal terbang, berdasarkan bentuknya,” Hardy memberitahu laman web Before It’s News. Beliau berkata, jika penemuan itu boleh disahkan, “ia akan menolak kawasan carian semasa di Perth kerana saya yakin bahawa arus dan air pasang surut tidak mungkin akan menolaknya sejauh itu”.
Hardy dilaporkan berkata bahawa lokasi serpihan ditemui adalah sepadan dengan pengiraan yang dilakukannya dan juruterbang Quantas dari segi ketahanan bahan api.Salah satu bahagian yang ditemui mempunyai tulisan ‘IC’ berwarna merah. Huruf atau nombor selebihnya telah terhakis. Polis dilaporkan telah mengeluarkan bahagian-bahagian itu untuk analisis lanjut. Satu lagi serpihan pesawat dilaporkan telah dihanyutkan ke pantai di resort North Male Atoll sebulan yang lalu.
Jika ia disahkan tergolong dalam pesawat Boeing 777 hilang, serpihan itu akan membantu siasatan untuk mengenal pasti di mana pesawat itu berakhir. “Jika diterbangkan rendah dan perlahan, lebih daripada cukup bahan api untuk sampai ke Maldives. -AP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....