Jika namanya sudah tinggal di Malaysia, ramai sedia maklum bahawa babi merupakan satu perkara yang sangat sangatlah sensitif buat kaum Melayu dan baru-baru ini, perkongsian gambar seni kopi di kafe milik Elfira Loy telah mendatangkan pelbagai kritikan daripada peminat.
Menurut Elfira di Instagram, perkara tersebut hanyalah atas dasar seni dan ada beberapa peminat yang menyokong pandangannya itu selain ada yang menyifatkan lukisan babi di hidangan kopi tersebut adalah tidak sopan.
Perkara tersebut menimbulkan perbalahan di ruangan komen (kini sudah dipadam) dan menerusi komen yang sempat dirakam oleh portal OHBULAN!, Elfire mempertahankan isu tersebut.
Ini bukan kali pertama perkara berkaitan babi menjadi perbualan hangat kerana pada musim perayaan lalu, kecoh mengenai sebuah iklan babi yang memakai baju Melayu namun sebenarnya haiwan yang didakwa babi tersebut adalah seekor wombat.
Perkara tersebut menjadi usikan dan sindiran oleh Harith Iskander terhadap apa yang berlaku. Apa pun mungin juga kejadian yang berlaku ini membuatkan Elfira lebih berhati-hati dalam berkongsi gambar di sosial media walaupun niatnya hanyalah di atas dasar seni. (rtky/s)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....