ENGKAR!!! BERSIH 4 Terus Biadap!!!


KUALA LUMPUR : Penganjur Bersih 4 bertekad untuk terus mengadakan demonstrasi besar-besaran meskipun berdepan dengan penutupan beberapa jalan utama dan diberi amaran terbaru polis untuk membatalkan tunjuk perasaan itu. 

Lokasi baru perhimpunan yang dijadualkan pada Sabtu dan Ahad ini akan dimuktamadkan esok susulan penutupan laluan utama sebagai persediaan untuk sambutan rasmi Hari Merdeka Isnin depan, kata Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah.

"Perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos selama 24 jam itu akan diteruskan, tetapi oleh kerana berlaku beberapa penutupan jalan untuk persediaan sambutan Hari Kemerdekaan, kami ambil maklum dan akan bekerjasama dengan polis," kata Maria kepada pemberita selepas bertemu pihak polis Kuala Lumpur hari ini.

"Pertemuan hari ini bagus, kami berunding bagaimana untuk melaksanakannya dan polis berkata akan bantu kami dari aspek keselamatan peserta, bila kita dah tetapkan butiran. Kita harap polis akan berikan kebenaran," katanya.

Bagaimanapun pihak polis memberi gambaran sebaliknya dan memperbaharui amaran unuk bertindak jika tunjuk perasaan itu diteruskan.

"Ia adalah mesyuarat kedua dengan pihak penganjur di mana kita mendengar tentang rancangan mereka pada perhimpunan tersebut. Kami juga memberitahu mereka mengapa perhimpunan tersebut menyalahi undang-undang," kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah.


"Kami menyatakan kepada mereka ia perhimpunan haram kerana penganjur gagal mendapatkan kebenaran seperti termaktub dalam Seksyen 11 Akta Perhimpunan Aman 2012 dan tidak boleh terdapat dua perhimpunan pada hari dan masa yang sama," kata Zainol pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur itu.

Maria berkata pihaknya tidak akan memasuki kawasan Dataran Merdeka.

"Kami tidak memasuki Dataran Merdeka, kami hanya berada di persekitaran Dataran Merdeka dan sebelum sambutan Merdeka perhimpunan kami akan selesai," katanya.

Beberapa jalan utama di sekitar ibu negara dilaporkan akan ditutup secara berperingkat mulai hari ini sehingga Isnin minggu depan bagi memberi laluan kepada raptai dan sambutan Hari Kebangsaan pada hujung minggu ini.

Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Mohd Nadzri Hussain dilaporkan berkata, penutupan jalan itu akan bermula pada jam 6 pagi.
Antara jalan-jalan yang ditutup termasuk Jalan Hishamuddin (Dayabumi), Jalan Kinabalu/Jalan Hishamuddin (Susur Bukit Aman), Jalan Lembah/Jalan Cenderasari.


Turut terlibat, Leboh Pasar Besar/Jalan Hang Kasturi, Leboh Ampang/Jalan Tun Perak, Jalan Dang Wangi/Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Kuching/Bulatan Dato Onn, Jalan Kinabalu/Bulatan Dato Onn, Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Hishamuddin/Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Parlimen/Bulatan Dato Onn (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), Jalan Dato Onn/Jalan Raja (Kelab Diraja Selangor) dan Jalan Mahkamah Persekutuan.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Alwi Ibrahim sebelum ini dilaporkan berkata, kementerian itu mendapati Bersih 4 mampu menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Beliau berkata Bersih 4 juga menyebarkan propaganda menghasut orang ramai yang bersifat negatif terhadap kerajaan dengan mengedarkan risalah tertentu yang boleh mengundang bahaya.

Kementerian itu juga mendakwa pelbagai aktiviti Bersih 4 mendatangkan imej negatif terhadap negara ini, sambil menambah ia boleh mengancam ketenteraman awam dan keselamatan, kemakmuran ekonomi, kedaulatan negara dan keharmonian kaum.

Perhimpunan Bersih tahun ini adalah yang pertama dalam tempoh 3 tahun, dengan tema utamanya berpaksi kepada pembaharuan sistem pilihan raya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....