"Sultan Ibrahim mengingatkan saya bahawa Umno dilahirkan di Istana Johor. Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor tidak mahu campur tangan dalam politik namun baginda berharap orang Melayu kekal bersatu.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid menyatakan, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar tidak menyatakan perkara itu dalam bentuk kata-kata.
"Saya percaya sultan berpendapat hanya Umno boleh menyatukan Melayu.
"Baginda sultan berharap Melayu boleh kekal bersatu.
"Walaupun baginda tidak menyatakannya, saya yakin baginda mengharapkan Umno untuk menyatupadukan orang Melayu," katanya kepada perwakilan dalam mesyuarat tahunan Umno Kota Tinggi hari ini.
Ahmad Zahid berada di Johor untuk merasmikan mesyuarat perwakilan tiga bahagian Umno dan pagi tadi menghadap Sultan Ibrahim.
Sebelum ini baginda mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....