Kenyataan pemilik syarikat penerbangan Tambang Murah Air Asia, Tony Fernandes, pada 17 Julai lalu bahawa kelemahan Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) punca pesawatnya berundur kebelakang (roll back) dan menyebabkan penerbangan tergendala selama lapan jam sangat tidak bertanggungjawab dan mungkin berniat jahat.
Menurut tweet Tony Fernandes pada 20 Julai 2015, pesawat AirAsia Indonesia QZ mengalami kejadian berundur ke belakang (roll back) pada 17 Julai 2015, jam 9 pagi “was caused by a slipping chock because the parking bay at klia2 is sinking.”
Pada 9 Ogos lalu DCA mengumumkan mereka akan menyiasat insiden pesawat Air Asia ‘mengundur’ biarpun tidak menerima sebarang laporan.
Mengapa Air Asia tidak melaporkan kepada DCA insiden melibatkan Penerbangan AirAsia Indonesia QZ0120 di Bay Q11, klia2 tetapi mengumumkan di media sosial sangat tidak masuk akal .
Kita juga tertanya-tanya mengapa Tony hanya mengumumkannya tiga hari selepas kejadian tersebut. Lebih serius, Tony hanya membuat dakwaan tersebut melalui media sosial dan langsung tidak melaporkan kepada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Malaysia Airport Berhad.
Kenyataan Tony tersebut telah memburukkan KLIA2 di seluruh dunia dengan akhbar seperti Telegraph UKtelah memetik kenyataan Tony dan menyatakan kemungkinan KLIA2 akan mengalami nasib dengan beberapa lapangan terbang dunia lain yang ditutup kerana masalah infrastruktur.
Memang benar KLIA2 ada sedikit masalah yang sebenarnya lumrah dengan kebanyakan lapangan terbang yang baru beroperasi.
Ini bukan kali pertama Tony membuat kenyataan memburukkan KLIA2 dan DCA sebelum ini telah pun menubuhkan pasukan pemeriksaan bersama MAHB-AirAsia yang ditugaskan melakukan pemeriksaan harian bagi memastikan ruang parkir dan laluan pesawat mematuhi Standard dan Amalan Yang Dicadangkan sebelum kawasan pergerakan pesawat dibuka untuk digunakan.
“Kawasan yang tidak mematuhi syarat dan pematuhan keselamatan ditutup dan kerja pembaikan dilakukan.”
Siasatan MAHB pula mendapati dakwaan Tony bahawa peristiwa pengunduran pesawat terbabit akibat kelemahan permukaan tempat letak kapal terbang sangat tidak munasabah dan.
“Terdapat enam lagi pesawat, semuanya dimiliki oleh Air Asia, yang diletakkan di tempat yang sama sebelum dan selepas insiden tersebut tidak mengalami apa-apa masalah pengunduran.”
Jika ia kelemahan permukaan terbabit tentulah ada beberapa pesawat lain akan mengalami perkara yang sama apabila diletakkan ditempat yang sama.
Justeru insiden ini tidak lebih daripada kegagalan pekerja darat air asia meletakkan penyendal (chock) pesawat dengan betul.
Kita tahu Air Asia mempunyai beberapa pertikaian dengan MAHB terutama membabitkan isu kewangan.
Namun memburuk-burukkan KLIA2 sehingga ke peringkat antarabangsa merupakan satu tidak tidak bertanggungjawab dan mengkhianati negara ini.
Air Asia Jangan Lupa Daratan
Kita akui kemunculan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia merupakan satu fenomena dan rahmat kepada rakyat Malaysia dan rantau Asean. Air Asia antara penggerak utama tambang rendah di rantau ini telah membolehkan kos merantau melalui kapal terbang menjadi lebih murah dan mampu beli.
Namun Tony juga jangan lupa bahawa kerajaan Malaysia satu-satunya kerajaan di dunia yang membina LCCT bagi membantu AirAsia berkembang pesat sebagai syarikat penerbangan murah dunia. Ramai menjangkakan AirAsia tidak akan bertahan lama. Namun dengan bantuan serta sokongan kerajaan melalui pembinaan lapangan terbang tambang murah dan pelbagai pengecualian ia kini menjadi satu syarikat penerbangan tambang murah yang dihormati.
Pada awal penubuhan syarikat penerbangan murah ini, AirAsia turut menerima bantuan daripada kerajaan sehingga bermurah hati membina Terminal Penerbangan Tambang Murah di Sepang. Kemudianya membina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sebagai hab penerbangan murah.
KLIA2 merupakan antara hab penerbangan murah terbesar di dunia. Difahamkan pembinaan KLIA2 banyak mengikut permintaan AirAsia sehingga meningkatkan kos pembinaan dan beberapa kali tertangguh.
Malahan menurut Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, walaupun pengurusan tertinggi AirAsia menafikan bahawa mereka campur tangan dalam pembinaan KLIA2 tetapi ada juga permintaan daripada syarikat ini, yang kemudian menyumbang kepada peningkatan kos pembinaan lapangan terbang ini.
Malah sejak kewujudannya, AirAsia menerima banyak keistimewaan dan subsidi dari MAHB bagi membantu perkembangan mereka. Jadi sudah tiba masanya Tony dan AirAsia menghormati MAHB dan juga imej menjaga Malaysia di mata dunia.\
Kita tahu AirAsia kini berhadapan dengan pelbagai persepsi negatif termasuk kepercayaan pengalisis ekonomi bahawa syarikat terbabit berhadapan dengan masalah kewangan. [Lihat CNBC: Report alleges AirAsia needs to raise $1.9B]
Adalah sangat tidak adil untuk AirAsia cuba “bergaduh” dengan MAHB dan Kerajaan untuk mengalih isu dan masalah yang melingkungi mereka.
Sungguhpun AirAsia ada peranan penting dalam ekonomi negara namun ia tidak seharusnya memberi hak dan kebebasan mereka membuat kenyataan sesuka hati sehingga menjejaskan kepentingan negara.
- MyKMU
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....