1MDB : PANASSS!!! Tun M Mengaku Dihasut Pemimpin UMNO, Kini Keseorangan!!!


Apa dah jadi Tun? Apa citer ni? Alahai.... macam mana orang seperti Tun pun boleh "termakan" dengan bujukan dan hasutan pemimpin bertalam dya muka?

Tun Mahathir Mohamad hari ini menyatakan antara sebab beliau menjadi lantang mempersoalkan isu 1 Malaysia Development (1MDB) ialah kerana aduan diterima daripada pemimpin UMNO. 

Sebelum ini MYKMU mendakwa kemungkinan besar Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan orang yang memberi maklumat palsu kepada Tun Mahathir mengenai dakwaan wang 1MDB sebanyak USD 700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak untuk kegunaan pilihan raya.

Ditemui media di majlis pelancaran buku karya Tan Sri Zainuddin Maidin, Dr Mahathir berkata, semua pemimpin Umno kelihatan masih komited kepada perdana menteri selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jika sebelum ini ada antara tokoh tertentu datang mengadu mengenai pelbagai isu semasa, kini mereka dilihat sudah “menyeberang” ke sisi lain.

“Tapi saya tak tahu apa dalam hati mereka.

“Sebab sesetengah mereka pernah datang bertemu saya (untuk) mengadu tentang itu ini tapi sekarang mereka tak lagi datang berjumpa saya kerana mereka sudah menyeberang,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini.com.

Kata Dr Mahathir, antara sebab beliau menjadi begitu lantang mengenai isu seperti 1MDB adalah kerana aduan diterima daripada pemimpin tersebut.

Sementara itu beliau juga tidak menjangkakan masalah timbul dalam Umno kesan pemecatan Muhyiddin kerana ahli parti itu kini “tidak mempertikaikan sesiapa”.

“Orang AS berkata, negara kami – jika benar akan dipertahankan benar dan jika salah, akan diperbetulkan.

“Tapi bagi mereka (ahli Umno) mereka menggantikan istilah ‘negara’ kepada parti,” katanya.

Ungkapan itu biasanya digunakan untuk menggambarkan patriotisme atau kesetiaan membuta tuli.

Seolah-olah kasih beralih arah - begitu dihadapi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jika sebelum ini ada antara tokoh tertentu datang mengadu mengenai pelbagai isu semasa, kini mereka dilihat sudah "menyeberang" ke sisi lain.

"Tapi saya tak tahu apa dalam hati mereka.

Melalui artikel tersebut, Mahathir menyatakan dirinya sudah tidak lagi dikunjungi oleh tokoh yang sebelum ini pergi kepadanya untuk mengadu tentang beberapa isu. Persoalannya siapakah tokoh yang dimaksudkan Mahathir itu?

Jika sebelum ini Mahathir pernah mendesak Perdana Menteri untuk menunjukkan butiran akaun peribadinya dengan alasan mahu mendapatkan kebenaran, sudah tiba masanya untuk Mahathir pula mendedahkan nama- nama tokoh yang dimaksudkan bermuka-muka itu sebagai bukti beliau tidak berbohong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....