MENGEJUTKAN!!! Jawapan TG Haron Din Isu Najib Dan 1MDB!!!


Tidak masuk akal adalah ungkapan yang dapat menggambarkan perasaan Datuk Dr Haron Din berhubung dakwaan media luar mengenai penyaluran dana ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.

Ditemui media di Putrajaya hari ini Haron berkata, logik akal menyatakan jika seseorang mahu mengambil dana awam ke akaun persendirian, mereka tidak akan melakukan sebegitu.

Sebaliknya, kata Haron, dana itu akan disalurkan ke akaun rahsia.

Bagaimanapun Haron tidak menyatakan sama ada bersetuju atau tidak dengan dakwaan berkenaan. 


Kata Haron, banyak berita timbul baru-baru ini dan ia kelihatan benar tetapi kemudian terbukti sebaliknya selepas siasatan dijalankan.

"Jadi saya perlu periksa sama ada berita ini benar atau tidak terlebih dahulu," katanya.

Haron juga berharap tuduhan terhadap perdana menteri itu tidak benar demi kepentingan negara.

Tuntut isytihar harta

Jika tidak, katanya, perkara itu sangat malang terutama kerana ia berkait dengan ekonomi Malaysia yang semakin lemah.

Jika dakwaan itu benar, kata Haron, pelabur asing akan menjadi tidak selesa melabur di Malaysia dan orang ramai akan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan negara.

"Sebab itu saya berharap akan ada penafian dan penyelewengan tidak pernah berlaku.

"Tetapi jika tidak berlaku juga, ia adalah perkara yang sangat malang dan tidak boleh dipandang ringan," katanya.

Semalam Wall Street Journal melaporkan hampir AS$700 juta wang daripada dana 1MDB disaluran ke akaun persendirian atas nama "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak" menjelang berlakunya pilihan raya umum ke-13.

Ekoran dakwaan itu PAS kemudian menuntut Najib dan isterinya, Datik Seri Rosmah Mansor membuat pengisytiharan harta.

Najib kemudian menafikan dakwaan itu dan menegaskan beliau tidak pernah menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....