1MDB : Hishammuddin Tuntut Bukti Kukuh!!!


Ketika terus diasak dalam isu 1MDB, sokongan serta pendirian setiap pemimpin negara amat dituntut dalam mempertahankan institusi negara kita seterusnya memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa ia hanya propaganda jahat pihak tertentu.



Selepas YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan sokongan kepada Dato Sri Najib Razak semalam, hari ini Naib Presiden Umno, Dato Seri Hishammuddin tampil menyatakan pendirian yang sama.

Kenyataan Media
YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein
Menteri Pertahanan Malaysia
Merangkap Naib Presiden UMNO

1MDB

05 Julai 2015

1) Saya berharap semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang andaian awal berhubung dakwaan beberapa media antarabangsa terhadap Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkaitan isu 1MDB.

2) Jangan bertindak melulu dan terus menghukum Perdana Menteri kerana dakwaan itu hanyalah berdasarkan laporan media yang belum disahkan kebenarannya. Jangan juga membuat sebarang spekulasi kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.

3) Saya setuju ini adalah dakwaan serius yang telah menarik perhatian ramai dan perlu diambil tindakan segera. Oleh itu, seperti rakyat Malaysia yang lain, saya juga ingin tahu keadaan yang sebenar. Ruang harus diberikan  kepada pihak berkuasa khususnya Pasukan Petugas Khas yang dianggotai oleh SPRM, PDRM dan Bank Negara Malaysia untuk melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan ini.

4) Saya yakin  Pasukan Petugas Khas ini akan menjalankan siasatan dengan segera, adil dan tidak berpihak. 

5) Justeru, sementara Pasukan Petugas Khas ini melakukan siasatan, kita seluruh rakyat Malaysia perlu bersatu padu dan terus memberi sokongan kepada negara yang tercinta ini.

6) Pada masa yang sama, saya juga menggesa pihak-pihak yang membuat dakwaan tersebut agar tampil dengan bukti yang kukuh. Langkah ini penting kerana dakwaan ini bukan sahaja melibatkan maruah dan kredibiliti Perdana Menteri, malah imej kerajaan Malaysia di mata dunia.

7) YAB Perdana Menteri telah pun mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan perkara ini. Saya menyokong penuh dan tetap bersama beliau dalam ketegasannya  untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang membuat dakwaan tidak berasas.

YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein
Menteri Pertahanan Malaysia

Di saat dan situasi begini, kesepakatan dan sokongan semua pemimpin negara amat ditagih khususnya oleh YAB Perdana Menteri. Dan seandainya ada di kalangan mereka yang tidak setuju atau meragui DS Najib, langkah terbaik adalah lepaskan jawatan mereka daripada kabinet. 

Mereka juga perlu tampil dengan bukti-bukti yang jelas bagi menyokong keraguan mereka. Bukan menjadi musang berbulu ayam yang menyerang pasukan sendiri dari dalam. Jadilah anak jantan!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....