Berikut ialah warkah terbuka yang diterima editor melalui beberapa kumpulan rangkaian Whatsapp:
Warkah Terbuka Untuk DYAM Tunku Mahkota Johor
Apabila Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz mengingatkan Duli Yang Amat Mulia Tunku mengenai kedudukan Raja-Raja Melayu yang tidak sepatutnya campur dalam hal politik, Tunku menulis satu mesej panjang lebar kepada Rakyat Malaysia.
Pandangan Nazri “Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang. Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik,” sangatlah tepat dengan tradisi pentadbiran demokrasi raja berpelembagaan di Negara ini.
Tunku juga dengan penuh bangga mengisytiharkan Bangsa Johor, satu akronim yang sangat tidak masuk akal dan berunsur membentuk satu Negara dalam Negara. [Sebenarnya definisi “Bangsa Johor” termaktub dalam undang-undang tubuh negeri. – Editor]
Tunku memang mempunyai pandangan-pendangan kontroversi dan “hollier than thou” yang menarik ratusan ribu penyokong fanatik di media sosial. Itu hak Tunkulah untuk mencari populariti secara demikian biarpun tidak lagi menghormati kerabat di raja yang lebih tua.
Namun apabila Tunku menyindir Perdana Menteri dengan menulis “bagaimana boleh diadalan suatu dialog bertajuk ‘Nothing2Hide’ dengan mengetengahkan seorang yang ingin menyembunyikan segala-galanya” ia sudah melebihi sempadan sepatutnya.
Perdana Menteri dan Polis mempunyai pertimbangan yang sewajarnya sama ada beliau perlu hadir atau tidak ke sesuatu program. Ia bukan hak tunku pun untuk menghina kepimpinan rakyat.
Memang Nazri menjawab kasar kepada Tunku. Ia sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan seperti mana tidak sewajarnya Tunku menulis sedemikian mengenai Perdana Menteri.
Dalam menjawab Nazri, Tunku menyatakan pandangan tersebut hanya menyuarakan pandangan rakyat.
Memang betul ada rakyat berpandangan sedemikian. Ada juga rakyat berpandangan dua pemimpin Melayu tidak sepatutnya hadir bergaduh dalam majlis terbuka sedemikian.
Namun, Tunku sebagai pemimpin besar Melayu di Johor seharusnya tahu adab, kesopanan dan kesusilaan antara pemimpin Melayu.
Jika Perdana Menteri tidak berpuas hati dengan perilaku Sultan dan kerabat, beliau ada Menteri Besar menyampaikan ketidakpuasan hati tersebut secara senyap dan tertib.
Bukankan Perdana Menteri sepatutnya mendapat layanan yang sama daripada institusi Di Raja?
Apabila adab dan kesopanan ini sudajh dilanggar, akan ada yang melanggar kembali biar pun tanoa restu Perdana Menteri.
Tunku murka, terasa hati dan mula mengatur sokongan apabila ditegur oleh Nazri. Sebaliknya Perdana Menteri terpaksa mendiamkan diri dan merasai kesedihan sahaja apabila ada anak raja seperti Tunku menghina beliau kerana tidak mahu mengeruhkan hubungan dengan Istana.
Budaya apa yang hendak diterapkan?
Ampun Tunku beribu ampun,
Benar sekali Menteri bukan tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Demikian juga Tunku pun bukanlah nabi yang maksum.
Namun jika semua perkara hendak diperkatakan kepada umum sudah tentu institusi kesultanan Johor sendiri belum kekal seperti hari ini.
Hakikatnya, kerana taatnya UMNO kepada raja, banyak perkara dipendam dan didiamkan begitu sahaja, biarpun rakyat di bawah dan menteri-menteri Besar tahu apa yang berlaku.
Tidak salah Tunku memberi pandangan mengenai pentadbiran, namun menuduh Perdana Menteri mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan, ia bukan lagi pandangan pentadbiran tapi campur tangan politik. Ini merupakan satu penghinaan kepada institusi Perdana Menteri sendiri.
Jika Tunku tidak mahu dihina janganlah menghina rakyat biasa. Perdana Menteri hanya rakyat biasa yang tentu sukar menjawab balik sindiran dan hinaan Tunku.
Ingatlah kembali perjanjian Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun.
Sudah dua kali ia dilanggar mengakibatkan dua kali perubahan Perlembagaan Malaysia bagi mendefiniskan semula hubungan raja-raja Melayu dan Rakyat.
Jawapan biadap Nazri Aziz hanya bermula apabila Tunku sendiri melanggar persetujuan Demang Lebar Daun Dan Sang Sapurba.
Tunku sebagai waris kesultanan Melayu Johor belajarlah adab susila bangsa Melayu. Jangan rendahkan darjat Tunku dan Institusi Kesultanan dengan kenyataan-kenyataan di luar sempadan aura kesultanan.
Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun.
Rakyat Marhaen
Amin Bin Yatim
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....