#TMJVSNAZRI : Kenyataan Nazri Adalah Tepat - @KhairyKJ


Kenyataan Menteri Pelancongan Datuk Seri Nazri Aziz sebagai reaksi balas terhadap komen yang dibuat Tengku Mahkota Johor adalah tepat, kata Khairy Jamaluddin.

"Apa yang Tengku Mahkota katakan perlu disokong dengan penjelasan.

"Baginda tidak boleh membuat kenyataan umum mengenai Perdana Menteri tanpa memberikan butiran lanjut walaupun berhak untuk bersuara," kata Menteri Belia dan Sukan itu kepada pemberita pada Rabu.

Komen Tunku Ismail Sultan Ibrahim, katanya, menyebut Perdana Menteri 'mempunyai sesuatu untuk disembunyikan', satu tanggapan yang dikesali.

"Cara Nazri memberi amaran mungkin boleh dipertikaikan tetapi mesejnya adalah wajar," kata Khairy.

Khairy tugas menggesa kedua-dua individu tersebut untuk menyelesaikan pertelagahan yang semakin berpanjangan secepat mungkin kerana adalah tidak bijak untuk seorang kerabat diraja dan menteri kabinet berdebat di khalayak ramai.

"Saya percaya apa sahaja perbezaan pendapat boleh diselesaikan," katanya.

Terdahulu, Khairy menyampaikan biasiswa Petronas bernilai RM100 juta kepada 318 pelajar cemerlang SPM dalam satu majlis yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Gombak.

Pada Sabtu lalu, Nazri mengarahkan Tungku Ismail untuk menjauhkan diri dari politik, jika tidak beliau akan mendapat perkara sama.

Beliau merujuk kepada kenyataan Tungku Ismail yang memuat naikkan suatu status di laman Facebook Johor Southern Tigers, dengan menyatakan baginda tidak terkejut apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak hadir ke sesi dialog itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....