TERKINI : Akibat Video Tersebar, Pelajar Rebut Lelaki Kini Hilang Dari Rumah!!


SUSULAN video viral dua pelajar perempuan yang bergaduh di sekolah, kini dilaporkan salah seorang daripadanya telah hilang sejak minggu lepas.

Perkara tersebut telah disahkan oleh ibu pelajar terbabit, Kilijah Abu Bakar, 45 apabila sejak dua minggu lalu, Nurul Raihan Rahman,16, didakwanya gagal dikesan.

Menurut ibunya, kehilangan anak gadisnya itu hanya disedari apabila anaknya itu keluar rumah pada 10 Jun iaitu sehari selepas selepas mereka sekeluarga pulang dari bercuti ke Pulau Langkawi .

Memetik laporan, ibu kepada enam orang anak itu memberitahu sikap anaknya itu berubah serta merta dari seorang yang ceria kepada seorang yang pendiam dan dikatakan sudah tidak lagi pergi ke sekolah sejak empat bulan lepas.

“Dia bergaduh dengan rakan kelasnya sehingga terjatuh ke dalam longkang di sekolah ekoran perselisihan faham.

“Apa yang berlaku itu telah diketahui oleh guru disiplin dan tindakan menukar ke sekolah lain juga telah diambil ke atas rakannya itu,” katanya yang mendakwa rakan Nurul Raihan itu yang telah memulakan pergaduhan tersebut.

Bagaimanapun katanya, Nurul Raihan tetap tidak mahu pergi ke sekolah dipercayai masih lagi berasa malu dengan guru serta rakan-rakannya .

“Itu bukan kejadian pertama Nurul diperlakukan sedemikian oleh rakannya. Sebelum ini dia juga pernah mengalami nasib yang sama tetapi tidak seperti kali ini hingga dia terjatuh ke dalam longkang,” ujarnya lagi.

Kilijah berkata, usaha mencari Nurul Raihan di beberapa rumah rakan yang biasa dikunjunginya juga gagal hingga memaksa mereka sekeluarga membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan pada 14 Jun lepas.

Susulan kehilangan itu, dia yang kini menderita sakit buah pinggang merayu agar Nurul Raihan, anak kelimanya, pulang segera.

Pulanglah nurul Raihan, gunakan bulan Ramadhan ini untuk memulakan semula hidup yang lebih berharga.

Ingat, emak awak sangat menyanyangi awak, kembalilah kepangkuan keluarga.-MYNEWSHUB.CC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....