Polis Tawau hari ini menahan seorang wanita warga asing yang dipercayai berbogel di puncak Gunung Kinabalu pada 30 Mei lepas.
Ketika dihubungi, Pemangku Ketua Polis Daerah Supt Keong Ho Eng berkata wanita itu ditahan di Lapangan Terbang Tawau lewat tengah hari, ketika hendak berlepas ke Kuala Lumpur.
Beliau enggan mengulas lanjut mengenai penahanan wanita itu.
Pada 30 Mei, sekumpulan pelancong asing bertindak menanggalkan pakaian masing-masing apabila berjaya tiba di puncak Gunung Kinabalu.
Insiden itu membangkitkan kemarahan dalam kalangan masyarakat di Sabah, khususnya penduduk tempatan Kundasang kerana pelancong itu tidak menghormati adat resam tempatan apatah lagi berlaku pula gempa bumi Jumaat lepas yang turut menggegarkan Gunung Kinabalu dan mengorbankan sejumlah pelancong dan malim gunung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....