Jangan campuri politik atau kena 'belasah'.
Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim diminta supaya tidak campur tangan dalam urusan politik negara atau beliau akan dikecam, kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz.
"Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang. Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.
"Kamu memegang jawatan penting di negeri... kalau kerajaan 'belasah' kamu balik, jangan marah," katanya dalam sidang media di Universiti Malaya hari ini.
Nazri berkata demikian sebagaimengulas kenyataan Tunku Ismail awal bulan ini berhubung ketidakhadiran Najib dalamprogram dialog Nothing2Hide.
Menurut Tunku Ismail, orang yang ingin menyembunyikan segala-galanya tentu sekali tidak akan muncul.
Tunku Ismail menjadi kerabat pertama menyatakan perasaan tidak senangnya dalam isu itu, yang dilihat cuba mencampuri pentadbiran Najib yang tidak berhenti diasak dalam isu 1MDB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....