Kerana Hudud, kini hubungan PKR dan PAS makin menjadi tidak ketentuan dipermatang pauh, itulah hakikat sebenarnya yang berlaku diantara mereka. Yang menjadi amat kesalnya adalah ketika bangsa melayu sesama melayu bergaduh dan bercakaran, DAP hanya diam membisu dan ketawa terbahak-bahak kerana kebodohan kedua-dua parti yang senang di buli dan senang diperbodohkan.
Pedulikah mereka dengan nasib rakyat selepas pilihanraya nanti ?
Belum pun kempen PRK Permatang Pauh berakhir lewat malam ini, suasana kempen dicemari dengan pergaduhan kecil apabila dua kumpulan penyokong Pas bertindak kasar kerana isu hudud.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu pada mula berlangsung dengan aman di Pasar Penanti, bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila penyokong ulama dari Pas Bagan 'menceroboh' kawasan Pas Penanti.
Kehadiran mereka berkempen kepada orang ramai supaya tidak mengundi calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sambil menyifatkannya sebagai penentang hudud.
Bahkan kumpulan penyokong ulama itu juga membawa sepanduk yang tertera "Pemuda bersama kepimpinan ulama" serta "hudud hukum ALLAH".
Dalam himpunan itu, seramai 20 penyokong ulama terlibat dan berlaku sedikit pertelagahan dan pertikaman lidah di antara kedua-dua penyokong Pas.
Selepas 10 minit perbalahan berlaku, kedua-dua penyokong bagaimanapun diredakan pihak polis yang mengawal kawasan kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....