GAS BOCOR!!! Sidang DUN Dihentikan Serta-Merta!!!


Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dihentikan serta-merta selepas berlaku kebocoran gas di blok bersebelahan di Wisma Persekutuan, Rabu.

Beberapa wakil rakyat dan pembantu mereka bergegas untuk memeriksa kekecohan dan kedengaran siren kebakaran berbunyi kira-kira pukul 11.30 pagi.

Dua kakitangan awam mengalami kesukaran bernafas akibat kebocoran gas yang berlaku di unit komputer di tingkat enam bangunan kerajaan persekutuan dan dikejarkan ke hospital.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata kedua-dua kakitangan, berusia 40-an mendapat bantuan daripada rakan sekerja untuk turun ke bawah.

"Terdapat kira-kira 12 kakitangan di dalam premis itu dan beberapa orang mengalami pening dan loya.

"Kami telah memindahkan semua kakitangan di tingkat itu sebagai langkah berjaga-jaga," katanya di tempat kejadian.

Tingkat 6 juga menempatkan pejabat kewangan negeri.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Anuar Hassan berkata salah seorang kakitangan hampir pengsan dan kawasan itu dikepung untuk pemeriksaan menyeluruh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....