Selepas berpeluh di Rompin, Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin sekali lagi "dipeluhkan", kali ini di Permatang Pauh pula. Ternyata jadual padat Khairy tidak menghalang beliau bagi bersama-sama jentera BN untuk sama-sama berkempen kepada calon BN di PRK Permatang Pauh.
Pelbagai acara diadakan di antara Khairy dan anak muda di Permatang Pauh. Bermula dengan tomoi, futsal, motorcross dan bola keranjang. Segala-galanya dilakukan Khairy bagi mendekati calon pengundi muda.
Pelbagai acara diadakan di antara Khairy dan anak muda di Permatang Pauh. Bermula dengan tomoi, futsal, motorcross dan bola keranjang. Segala-galanya dilakukan Khairy bagi mendekati calon pengundi muda.
Sekilas andainya jumlah kehadiran dan penyertaan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan diambilkira, BN boleh menjangkakan sesuatu yang positif di Kubu Kebal PR ini.
Pergh..... bukan sikit aktiviti yang disertai Khairy, kalau tidak kena cara dan orangnya, boleh tumbang dibuatnya. Apa pun, usaha bersepadu dan kerjasama dari semua pihak dalam BN diharap dapat meyakinkan pengundi Permatang Pauh untuk menukar kepimpinan di Parlimen tersebut.
PRK Permatang Pauh menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Wan Azizah (PKR), Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan calon Bebas Salleh Isahak.
PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar, anggota Parlimen kawasan itu melalui anggota keluarganya, sekali gus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN, Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....