TUN MAHATHIR : 2 Artis Popular Nyatakan Sokongan!!!


Jika anda ambil peduli tentang apa yang berlaku di negara kita ketika ini, pastinya anda sudah pun membaca tentang kritikan dan persoalan yang dibangkitkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kepimpinan negara ketika ini.

Dato’ Siti Nurhaliza dan Rozita Che Wan antara nama besar dalam industri hiburan menyatakan sokongan terhadap Tun Mahathir melalui akaun sosial masing masing.

Siti Nurhaliza :

“Love you Tun dan sentiasa bersama Tun. Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran dan dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia patut kita hargai serta contohi. Tiada yang muda kalau tidak kerana orang tua,”

Kenyataan itu timbul selepas Tun Mahathir menerusi blog beliau menulis tentang dirinya yang keseorangan ketika ini membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan negara.


Rozita Che Wan juga menerusi akaun Instagram beliau menzahirkan sokongan terhadap Tun Mahathir dengan mengatakan yang siapakah yang akan mendengar suara rakyat jelata seperti dirinya jika persoalan negara tidak diangkat oleh orang berwibawa seperti Tun M.

“Saya sedar saya keseorangan. Tetapi jika saya berasa bertanggungjawab kepada rakyat salahkah. Apabila duit rakyat hilang dan ini tersembunyi dari rakyat salahkah kalau saya tanya,” 

Tulis Tun Mahathir baru baru ini. Nyata beliau tidak keseorangan, kami ada. (rtky/m)


Terpulang lah pada masing-masing punya pendirian terhadap isu ini, Bagi penulis, Tun memang seorang Negarawan yang perlu dihormati, dihargai dan disanjungi. Tun "BAPA" kepada rakyat Malaysia. Namun, Adakah wajar seorang bapa menceritakan hal rumah tangganya kepada masyarakat umum? Sebagai anak, adakah kita tidak perlu melindungi segala kisah rumahtangga yang dijaja kesana-kesini?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....