PUTRAJAYA - Seorang kanak-kanak perempuan berumur 4 tahun dilaporkan terjatuh dari tingkat 7 Blok B, Kuarters Perumahan Penjawat Awam di Presint 14, hari ini.
Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 petang tadi, mangsa, Zehra Nur Medina, dikatakan terpisah dengan ibu saudaranya ketika mahu menaiki lif bangunan berkenaan.
Ibu saudara mangsa tidak sempat menaiki lif bersama setelah pintu lif tertutup lalu segera mengejar mangsa menggunakan tangga kecemasan untuk mencari mangsa tetapi tidak sempat kerana kanak-kanak itu sudah terjatuh dari tingkat 7.
Mangsa yang parah di bahagian kepala terus dibawa ke Hospital Putrajaya dalam keadaan yang masih bernyawa.
Ketika kejadian itu, ibu bapa mangsa berada di rumah ibu saudaranya di bangunan yang sama. Keluarga mangsa datang dari Jelebu menziarahi ibu saudaranya di Presint 14.
Laporan polis berhubung tragedi itu belum dibuat, bagaimanapun polis mengesahkan kejadian itu.
Kes yang sama juga turut berlaku pada tahun lalu di mana seorang budak lelaki maut terjatuh dari tingkat 13 di kuarters perumahan penjawat awam di Presint 5.
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....