LUCAHHH!!! KFC Malaysia Mohon Maaf!!!


Susulan video pekerja KFC Taman Putra menunjuk isyarat lucahhhh kepada sekumpulan pelajar yang juga pelanggan premis makanan segera itu, KFC Malaysia mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden itu.


Menurut kenyataan itu, pihaknya amat menitikberatkan kakitangannya beradab dan beretika ketika memberikan perkhidmatan kepada pelanggannya.

KFC Malaysia telah menjalankan siasatan dan pekerja terbabit telah digantung kerja.

Pihak KFC juga telah menghubungi kumpulan pelajar yang terlibat bagi memohon maaf di atas tindakan kakitangannya yang berkelakuan seperti itu.


Namun, masih ada segelintir netizen yang tidak berpuas hati kerana video yang dimuat naik itu tidak menceritakan dari awal kejadian itu. Mereka juga mahu mendengar penjelasan dari kakitangan terbabit yang mungkin sekumpulan pelajar berkenaan telah melemparkan kata-kata yang keterlaluan terhadapnya.

Bagaimanapun, KFC Malaysia telah tampil memohon maaf dan adalah lebih baik kes ini ditutup. Harus diingatkan, jika bekerja dengan sesebuah syarikat yang mana anda diwajibkan memakai 'uniform' rasmi, jagalah kelakuan dan tutur kata agar tidak mencemarkan imej syarikat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....