Kementerian Komunikasi dan Multimedia menyenaraihitamkan penganjur konsert TGM Events kerana menganjurkan konsert yang mencetuskan kontroversi dengan adegan peluk cium artis K-pop dengan gadis bertudung.
Menterinya Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dalam jawapan bertulis kepada Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) berkata penganjur melanggar syarat yang ditetapkan lebih awal.
Zailah bertanya sama ada kehadiran artis K-pod di Malaysia memusnahkan moral remaja Malaysia.
Shabery, anggota Parlimen Kemaman, berkata langkah-langkah diambil oleh kementerian dan agensi lain untuk mengelakkan perkara itu berulang.
Insiden melibatkan kumpulan Korea Selatan B1A4 pada Januari lalu mencetuskan kegemparan selepas video aksi itu dimuat naik ke Internet.
Ia menimbulkan rasa jelik dan berang orang ramai yang merasakan tindakan itu menjolok mata.
Malah ada yang mendakwa B1A4' mencabul wanita rakyat Malaysia di atas pentas.
Kadang-kadang penulis rasa pelik juga, kenapa penganjur sahaja dikenakan tindakan? Tiadakah garis panduan yang jelas sebelum permohonan permit diluluskan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....