#HeliTerhempas : PM Tiba Di Lokasi, 6 Jenazah Di Bawa Ke HKL


Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan keenam-enam jenazah yang terlibat dalam nahas helikopter petang ini akan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira 9.30 malam ini. 

Menteri dalam negeri itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang sudah tiba di kawasan nahas dan akan diberikan taklimat situasi semasa di tempat kejadian.

"Pasukan forensik sudah berada di sini dan akan melihat jenazah berkenaan. Selepas pengesahan keenam-enam jenazah yang ditemukan itu akan di bawa ke bilik mayat Hospital KL.  





"Di Hospital KL, pakar forensik sudah bersedia menunggu di sana untuk sekali lagi melakukan pengecaman, DNA dan prosedur pengenalpastian jenazah berkenaan," katanya ketika ditemui media di lokasi nahas malam ini. 



Ditanya mengenai identiti mangsa yang terlibat, Zahid berkata: "Biar polis mendedahkan identiti selepas forensik mengesahkan." Beliau berkata ketua polis Selangor akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara yang perlu dimaklumkan kemudian. 




Sementara iti, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di lokasi helikopter terhempas di Kampung Pasir Baru, Sungai Pening, Semenyih.

Beliau telah mengarahkan siasatan penuh dilakukan dari segenap aspek.

Najib menyifatkan pemergian Jamaluddin dan Azlin yang rapat dengan beliau sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

“Kehilangan kedua pemimpin ini adalah satu kehilangan yang besar kepada negara,” katanya pada sidang media ketika melawat tapak nahas itu, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, beliau menyifatkan kedua-dua mereka ini telah banyak menyumbang bakti dan tenaga dalam pembangunan negara.

“Tan Sri Jamaluddin (Jarjis) telah memainkan peranan penting dalam usaha membina hubungan baik antara Malaysia dan Amerika Syarikat. Ini adalah tragedi besar bagi negara.

“Datuk KSUSK, beliau adalah tentu sekali amat rapat dengan saya, pada tiap-tiap hari kami akan bertemu. Dia adalah seorang yang amanah dan disenangi oleh semua pihak,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....