Ni pun satu hal. Kes yang tidak pernah berhenti khususnya di kalangan pelajar. Terbaru, Polis menahan dua pelajar lelaki berusia 13 dan 14 tahun bagi membantu siasatan terhadap rakaman video kes buli seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Aminah, di sini, semalam.
Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dalam status laman Facebook rasminya hari ini berkata, kedua-duanya ditahan susulan laporan yang dibuat mangsa.
“Polis menerima laporan yang dibuat mangsa berusia 17 tahun itu semalam. Ekoran daripada insiden buli tersebut, hari ini pada jam lebih kurang 1 hingga 3 pagi polis telah membuat tangkapan ke atas dua pelajar berusia 13 dan14 tahun terdiri daripada SMK Tun Aminah dan SMK Damai Jaya untuk membantu dalam siasatan,” katanya.
Video berdurasi dua minit lima puluh sembilan saat yang dimuat naik dalam Facebook itu, menunjukkan seorang pelajar lelaki menampar muka mangsa beberapa kali manakala seorang lagi bertindak sebagai perakam video.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....