Episod penahanan pemimpin PR bermula, apabila dikatakan mereka sering mengeluarkan ayat, atau perkataan yang menghasut rakyat membenci kerajaan dengan fakta yang tidak betul dan boleh dipertikaikan. Tentu ianya ada kaitan dengan penahanan Ketua Umum mereka atas kes meliwat pembantu peribadinya.
Pemimpin PKR dan aktivis yang ditahan polis berkaitan perhimpunan #KitaLawan pada Sabtu lalu dibebaskan dengan ikat jamin hari ini.
Mereka ialah Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli, Setiausaha Pengelola PKR, Fariz Musa, serta aktivis politik Hishamuddin Rais.
Mereka akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur terlebih dahulu, menurut PKR.
Rafizi ditahan petang Jumaat dan Hishamuddin pada malamnya, ketika satu ceramah perdana yang merupakan sebahagian agenda #KitaLawan diadakan di Dataran Merdeka.
Fariz, yang juga koordinator Jingga 13, merupakan yang pertama ditahan pada Sabtu, selepas perhimpunan itu selesai dijalankan secara aman.
- SUMBER
Sejak dari peristiwa penahanan tersebut, mulalah konco-konco Anwar membuat kacau diseluruh negara dengan berdemo kononnya atas nama keadilan dan mahu Anwar dibebaskan. Tak cukup dengan perkara tersebut, mereka juga pernah mengunakan nama KDYMM YDP Agong apabila dikatakan baginda tidak bersetuju dengan keputusan Anwar dipenjarakan, berdasar isu politik.
Sedangkan pada hakikatnya, Anwar dipenjara bukan atas dasar isu politik, kerana sejak bila meliwat tu menjadi satu perbuatan politik? Apakah dengan perbuatan meliwat pembantu peribadi secara paksa pun boleh dikatakan kes politik?
Macam mana pula jika ada kes lelaki India merogol perempuan melayu, apakah itu perbuatan boleh diklafikasikan sebagai RASIS? Sebab ia melibatkan India rogol Melayu? Sedangkan isu
utamanya ialah merogol, bukan warna kulitnya. Biar sesiapa pun yang melakukan perbuatan tersebut, hukumannya tetap sama.
Sebab itu kes Anwar tidak boleh dikategorikan sebagai kes politik.
Kini polis sudah pun bertindak dengan menangkap para penghasut yang mengajak rakyat membuat kacau di jalanraya. Tapi tugas polis hanya mampu menangkap dan mengumpul bukti. Untuk mendakwa mereka yang ditangkap, ianya bergantung kepada Pejabat Peguam Negara.
Jadi penulis serta rakyat Malaysia, menaruh harapan yang tinggi pada Jabatan Peguam Negara untuk membuka laporan dan mendakwa mereka yang dikaitkan dengan penahanan pada kali ini.
Mereka yang ditahan ini bukan kali pertama menjadi batu api dan penghasut pada rakyat, sudah banyak kali. Apakah tiada langsung perkara yang boleh dikaitkan atas perbuatan jahat mereka?
Harapan rakyat Malaysia janganlah dihampakan lagi. Mohon Jabatan Peguam Negara tidak tidur buat kali ini..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....