Haiya.... Apesal lu banyak gelabah? Lu sudah banyak gemuk duduk sana Penang lagi mau bikin kecoh apa macam? Ketua Menteri Pulau Pinang dan empat lagi telah difailkan saman fitnah oleh dua Ketua Umno Bahagian Pulau Pinang serta sebuah syarikat pemaju perumahan berhubung dakwaan penjualan tanah milik orang Melayu di negeri itu tiga tahun lalu.
Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir dan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar selaku plaintif kedua dan ketiga serta Maison selaku plaintif pertama memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan itu 30 Januari lalu di Mahkamah Tinggi di sini melalui firma guaman, Tetuan Abu Bakar As-Sidek.
Selain Guan Eng, pihak plaintif menamakan TMI Dot Com Sdn. Bhd., selaku pemilik dan penerbit The Malaysian Insider, Editor, Jahabar Sadiq, Mkini Dotcom Sdn. Bhd. dan Steven Gan sebagai defendan pertama hingga kelima.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 2 April ini bagi pengurusan kes saman dua Ketua UMNO Bahagian Pulau Pinang dan sebuah syarikat pemaju hartanah, Maison Heights Sdn. Bhd. (Maison) terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan empat lagi atas dakwaan memfitnah mereka berhubung dakwaan penjualan tanah orang Melayu di negeri itu.
Kes saman itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, K. Pavani, Khamis.
Menurut pernyataan tuntutan, pihak plaintif mendakwa, defendan pertama pada 27 November tahun lalu, dengan salah dan berniat jahat menyiarkan artikel bertajuk, Pembohongan UMNO dalam portal berita, The Malaysian Insider dan Pembohongan UMNO-Lim Guan Eng.
Malaysiakini pula pada 28 November tahun lalu telah menyiarkan artikel ‘UMNO made profits by selling Malay kampung.’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....