Tak habis-habis peguam tak guna ni. Lepas satu-satu. Ditahan polis tu dikira baik, jangan sampai kesabaran orang Islam tidak terbendung lagi. Naya!!! Peguam Eric Paulsen ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau di media sosial mengenai hukum hudud.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Zainuddin Ahmad berkata,Paulsen ditahan di ibu negara pada kira-kira 5.30 petang Ahad dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Menurutnya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan.
Hukuman hudud tidak ada tempat pada zaman ini/masyarakat moden kerana ia melibatkan penyiksaan, hukuman kejam dan tidak berperikemanusiaan.
“Sebaliknya yang benar, hudud menjadi perkataan yang menunjukkan ketidakadilan terutamanya terhadap kanak-kanak perempuan dan wanita,” katanya di Twitter.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Zainuddin Ahmad berkata, kenyataan itu dilihat sebagai penghinaan yang boleh menganggu ketenteraman awam.
“Kami sekarang di Balai Polis Dang Wangi. Polis kata mereka hendak tahan dia (Paulsen) malam ini dan akan mohon reman esok,” kata Yesudas.
Paulsen sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen berhubung kenyataannya di Twitter yang mendakwa Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan ektremisme.
Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Khamis meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) atau undang-undang hudud yang terpakai kepada hanya orang Islam mukallaf jika ia dilaksanakan kelak di negeri itu.
Bagaimanapun, ia hanya boleh dilaksanakan selepas diluluskan Parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....