BIADAP!!! Ali Abd Jalil Gelar PDRM Institusi Paling Celaka!!!


Besar kecil, besar kecil jer admin tengok mamat ni. Aktivis pembangkang, Ali Abd Jalil yang kini mencari perlindungan suaka politik di luar negara telah mencemuh dan melabelkan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebagai institusi paling celaka.

“Ketua Polis Negara, (Tan Sri) Khalid Abu Bakar menjadikan PDRM (sebagai) institusi paling celaka di Malaysia,” tulis Ali dalam status terbaru di akaun facebooknya.

Katanya lagi disebabkan perkara itu menyebabkan PDRM hilang integriti dan kepercayaan umum.

Ali juga mendakwa UMNO dan Sultan telah memperalatkan KPN untuk melakukan penindasan dipercayai merujuk kepada tangkapan beberapa orang aktivis pembangkang yang menyalahgunakan hak kebebasan bersuara.

“Polis dipergunakan semaksimum mungkin untuk menyekat kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman,” dakwa Ali.

Dalam kenyataan yang sama Ali turut menuduh Sultan Johor sebagai penjenayah yang dilepas bebas tanpa tindakan.

Berikutan kritikan dan tuduhan melulunya terhadap PDRM dan Baginda Sultan Johor mendorong ramai pengguna facebook mengecam dan menyelar kenyataannya.

Ali kini dipercayai berada di Sweden untuk mendapatkan suaka politik untuk mengelak dari dibicarakan di bawah Akta Hasutan 1948 berikutan kenyataannya sebelum ini yang mencerca Sultan Selangor dan Kerabat Di Raja Johor.

Pelariannya ke luar negara dikatakan mendapat bantuan beberapa NGO pro pembangkang seperti Suaram, Lawyers for Liberty, Sisters In Islam dan lain-lain.

Terdahulu Alvin Tan, blogger porno yang dikehendaki PDRM telah melarikan diri ke Amerika Syarikat untuk tujuan sama. Tindakan Alvin dipercayai mendorong Ali mengambil langkah serupa. – SuaraTV

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....