Tun Oh Tun.... Memang dirimu dikagumi. Memang Dikau telah mengangkat Malaysia ke satu tahap yang tinggi dalam ketamadunan negara. Namun, setiap manusia punya cara dan strategi masing-masing dalam memacu negara ke arah yang lebih baik, maju dan mapan.
Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata beliau tidak percaya syarikat pelaburan strategik kerajaan 1MDB memberi manfaat kepada negara dalam apa jua keadaan.
Dalam wawancara oleh Clare Rewcastle Brown, seorang wartawan penyiasatan United Kingdom (UK) yang merupakan pengasas dan pengarang portal berita Sarawak Report yang kritikal terhadap kerajaan Malaysia, bekas Perdana Menteri mendakwa kerajaan ‘memperjudikan wang dalam dana lindung nilai’.
Dalam wawancara pada 14 Mac lalu itu, Dr. Mahathir berkata beliau tidak berpuas hati dengan pengumuman terbaharu 1MDB bahawa dana AS$2.32 bilion yang diletakkan di Kepulauan Cayman telah ditebus sepenuhnya. Beliau juga mempersoalkan dana berbilion ringgit yang dilaburkan dalam syarikat cari gali PetroSaudi International.
Dr. Mahathir juga menuntut supaya firma pelaburan strategik itu mendedahkan ‘di manakah’ dana itu berada. Dalam wawancara pada 14 Mac lalu itu, Dr. Mahathir berkata beliau tidak berpuas hati dengan pengumuman terbaharu 1MDB bahawa dana AS$2.32 bilion yang diletakkan di Kepulauan Cayman telah ditebus sepenuhnya.
Beliau juga mempersoalkan dana berbilion ringgit yang dilaburkan dalam syarikat cari gali PetroSaudi International. Dr. Mahathir juga menuntut supaya firma pelaburan strategik itu mendedahkan ‘di manakah’ dana itu berada.
Mengulas mengenai wang itu, katanya, “Saya tidak fikir ia memberikan apa-apa fungsi. Itulah perbezaan (pendapat) saya dengan kerajaan. Saya tidak fikir kita memerlukan dana seperti ini.” “Kita sudah melakukan dengan cukup baik tanpa dana…pertamanya, mereka mendapat wang untuk dipinjamkan kepada orang Arab Saudi dan mereka memasukkannya ke dalam dana lindung nilai. Kerajaan tidak perlu memperjudikan wang dalam dana lindung nilai,” ujar beliau.
Dalam wawancara bersama Dr. Mahathir, Brown menekankan penolakan bekas Perdana Menteri itu terhadap syarikat pembangunan strategik 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan isu-isu berkaitannya.
Wawancara itu dibuat selepas kerajaan mengarahkan Ketua Audit Negara menjalankan audit bebas ke atas akaun 1MDB.
AUDIT 1MDB
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini telah mengarahkan Jabatan Akauntan Negara untuk mengaudit akaun-akaun 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata laporan audit itu akan diserahkan untuk diperiksa secara telus oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
"Jika ada sebarang salah laku, undang-undang akan dikuatkuasa tanpa sebarang pengecualian," kata PMO.
Arahan itu dikeluarkan selepas Najib memanggil 1MDB dan firma audit mereka, Deloitte.
Firma pelaburan kerajaan itu turut mengeluarkan kenyataan mengalu-alukan arahan Najib itu.
"Kami akan bekerjasama sepenuhnya dengan ketua audit negara dan berharap agar hasil daripada ini akan menamatkan segala spekulasi," kata Presiden 1MDB Arul Kanda.
Dalam kenyataannya, Arul turut menyifatkan bahawa "serangan" terhadap mereka mutakhir ini "bersifat politik" dan "berpotensi mengancam ekonomi".
"Ini adalah usaha yang diatur dengan sengaja untuk menjejaskan syarikat ini dengan menyebarkan tuduhan dan spekulasi tidak berasas yang mempunyai potensi menjejaskan ekonomi," katanya.
PAC sebelum ini mengenal pasti isu-isu utama, termasuklah sumber dana RM2 bilion yang digunakan 1MDB untuk membayar balik pinjaman dan juga suntikan dana baru RM3 bilion.
Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata PAC menggesa siasatan ke atas perjanjian 1MDB dengan syarikat PetroSaudi dan status wang yang disimpan di Cayman Islands.
Machiavellian Dan Political Animals
Dr Mahathir adalah seorang Machiavellian dan political animals dalam ertikata sebenarnya. Bijak mencari isu-isu mengenai bangsa Melayu untuk mendapat publisiti dan menonjolkan dirinya dikalangan kepimpinan bangsawan Melayu ketika itu.
Setelah tewas kerusi parlimen Kota Setar pada pilihanraya 1969, Dr Mahathir tidak menerima kekalahan itu sebagai kelemahan dirinya. Sebaliknya dia menuding jari kearah Tunku Abdul Rahman. Tunku dikatanya seorang pemimpin yang lemah dan tidak layak menjadi pemimpin Melayu. Dalam suratnya kepada Tunku, Dr Mahathir mendesak Tunku meletakkan jawatan Perdana Menteri dan presiden UMNO.
Antara kandungan suratnya, Dr Mahathir menggariskan kelemahan Tunku sebagai punca sebenar kerusi UMNO ditawan parti PAS dan kerusi MCA kalah kepada DAP sehingga Parti Perikatan kehilangan majoriti dua pertiga dalam dewan rakyat.
Surat yang sepatutnya sulit, telah menjadi menjadi surat terbuka. Oleh kerana surat itu mengaibkan Tunku, UMNO telah mengambil keputusan menggantung keahlian Dr Mahathir. Mahathir kemudiannya menulis The Malay Dilemma. Buku itu telah diharamkan tetapi pengharamannya menjadi buku itu mendapat sambutan dan Mahathir menjadi seorang yang popular.
Jika Dr Mahathir pada ketika itu Perdana Menteri dan yang mengkritik dan menulis surat mendesaknya letak jawatan adalah Tunku, sudah tentu Dr Mahatir akan mengarahkan polis menangkap dan memenjarakan Tunku tanpa perbicaraan dibawah ISA atau mana-mana undang-undang warisan penjajah yang ada. Tetapi Tunku bukan Dr Mahathir.
Dan..........
NAJIB RAZAK PUN BUKAN TUN MAHATHIR
Jadi....
Berilah Peluang dan Ruang Untuk DS Najib Razak memacu negara mengikut acuannya sendiri. Tegurlah secara berhemah dan bijaksana. Cukup-cukuplah Tun. Jangan sampai pengorbanan dan jasamu selama ini hilang begitu sahaja dari ingatan......
Semoga Tun Diberi Kesihatan Dan Rahmat DariNYA Untuk Terus Memacu Malaysia Ke Arah Yang Lebih Gemilang Dan Sejahtera.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....