Ini sudah lebih tahap kurang ajar dan melampau. Video berdurasi 1:28 minit ini telah diupload oleh kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Anak Muda Anti Demokrasi di media sosial dengan mesej berunsur hasutan dan ugutan.
Dengan menjadikan semua ketua-ketua badan utama dalam kerajaan sebagai sasaran ketidakpuasan mereka, dengan simbolik lakonan untuk meletupkan kereta yang dinaiki oleh Ketua Polis Negara.
Nampak gaya mereka ini mungkin dari kumpulan atau individu yang sama beberapa minggu lalu yang menggelarkan ISIS Malaysia dengan ancaman meletupkan Mahkamah di negara kita.
Harap sangat-sangat PDRM dapat menangani kes ini dengan segera sehingga tertangkapnya mereka bagi membendung tindakan yang lebih buruk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....