VIDEO : Anwar 18 SX (Amaran : Untuk 18 Tahun Ke Atas Sahaja)



Amaran!!! Video ini mengandungi unsur-unsur SX terlampau yang boleh menyinggung perasaan dan pemikiran anda!!!


10 Februari adalah penghakiman oleh Mahkamah Persekutuan, apa kah akan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014 yang menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara kerana didapati bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, mantan pembantu peribadi beliau.

BUKANKAH Pakatan Rakyat mahu merampas Putrajaya. Anwar kata, kalau beliau masuk penjara, maka Pakatan Rakyat sudah menang 60 peratus. Kalau begitu kenapa takut masuk penjara. Kenapa perlu buat rayuan, sedangkan kunci untuk merampas Putrajaya adalah apabila beliau dipenjarakan.

Seharusnya, penyokong Anwar berdoa, agar beliau disumbatkan dalam penjara, kerana cara itu lebih mudah untuk Pakatan mencapai visi mereka.

PEGUAM utama Anwar yang menggantikan mendiang Karpal Singh Gopal Sri Ram, sudah mengaku melalui hujahnya di mahkamah, bahawa sodomi II adalah suka sama suka, ertinya perlakuan hubungan luar tabii yang haram di Malaysia, memang berlaku.

Jika Mahkamah Persekutuan melepaskan Anwar, maka impak kepada perundangan negara, bahawa sodomi itu bukan haram; apa akibatnya? Perundangan negara akan tunggang terbalik, dan berkemungkinan besar mereka yang dijatuhi hukuman kerana hubungan seks luar tabii akan memenuhi mahkamah menyaman kerajaan.

Gopal berhujah, Saiful badan sasa, tinggi lampai, muda lagi, boleh over power Anwar yang tua, sodomi berlaku, kerana suka sama suka.

Dengan hujah itu, ertinya peguam itu mengaku, memang berlaku seks luar tabii. Namun, dilain pihak peguam itu berhujah, bahawa sodomi tidak berlaku, kerana hanya sebab "karpet Terbang" Karpet terbang itu, adalah masalah teknikal. 

Hujah peguam Anwar berkaitan umur sperma, tidak akan mendapat perhatian para hakim, kerana hujah itu dipatahkan dengan baik oleh pendakwaraya yang diketuai oleh Tan Sri Shafee Abdullah.



Akhir-akhir ini, Anwar dan penyokongnya memainkan psikologi songsang, kononnya, dia akan dibebaskan kerana para Hakim telus dan tidak berpihak.

Mainan Anwar ini, tidak akan mempengaruhi para Hakim, kerana bertidak khilaf akan membuatkan perundangan negara kucar kacir.

Melihat kepada hujah Tan Sri Shafee,tiada asas untuk Anwar terlepas. Apa-apapun kita tunggu 10 Februari 2015. Apa kah Anwar, kembali ke Sungai Buloh.



3 ulasan:

  1. Tiap hari ceramah kat tv radio. Sudah2la admin. kiamat dah hampirrrrrrr...

    BalasPadam
  2. Maha suci Allah. Adakah Allah perkenankan tanda2 18SX bagai?

    Adakah ini belia hasil terbiyah Be end?

    BalasPadam
  3. Maroh betul la puok PR la ni..terima la hakikat kebenaran...jgn dok meroyannnn...ptuihhh....

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....