Awas!!! Perlakuan terlampau dan merosakkan imej pemandu teksi di Putrajaya. Harap pihak berkenaan dapat membuat siasatan dan mengambil tindakan yang serius terhadap isu ini. Rasanya tidak susah untuk mengesan pemandu teksi berkenaan kerana Putrajaya Sentral hanya menyediakan Teksi Berdaftar sahaja.
Lebih kurang jam 2 pagi tadi berlaku kejadian pukau di mana seorang pelajar IKBN Banting telah kerugian wang ringgit dijangka telah dipukau yang kemudiannya ditinggalkan di tepi jalan oleh sorang pemandu Teksi (Lelaki berbangsa India) yang pada awalnya berjanji untuk menghantar mangsa ke IKBN Banting sebelum tiba-tiba khayal selepas terbau sesuatu yang pelik.
Berikut adalah penerangan yang diberikan pengadu;
Slm. Oh media. Just nak share. Baru je jadi tadi. Around 2 pagi. Adik i call, bgtau kawan die dari perak nak balik ikbn banting. Smpai putrajaya da lewat. Die ambik cab terus ke banting. Dlm kereta, die bau something yg sgt kuat n mcm nak pitam. Driver tu mintak RM50. Budak tu bg je duit. Terus die tinggalkan budak tu tepi jalan. "Wak" tu is my friend. Harap oh media dpt highlight isu ni. Budak tu da selamat smpai IKBN. Terima Kasih.
Ini mungkin sebagai wake-up call kepada kita semua agar lebih berhati-hati di mana sahaja kita berada. Elakkan berseorang diri di waktu-waktu sunyi dan usah mudah mempercayai orang. Jika menaiki kenderaan awam, catatkan nombor pendaftarannya dan juga nama pemandu kemudian di simpan baik-baik.
- SUMBER
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....