Agenda perpaduan Melayu dan Islam antara parti UMNO dan PAS memasuki era baru politik negara? Ya, mengapa tidak? Kalau MCA, GERAKAN dan DAP boleh bersatu dalam isu melibatkan bangsa CINA (Tiong Hua), mengapa Bangsa Melayu yang beragama ISLAM dalam PAS dan UMNO tidak boleh bersatu?
Sudah sampai masanya Melayu bersatu atas nama bangsa dan agama. Ya, amat susah untuk menyatukan Melayu, akan tetapi andai ISLAM dijadikan pegangan, INSYA ALLAH, segala usaha penyatuan akan dipermudahkan.
Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka bulan depan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, keputusan itu diambil untuk memberi keutamaan kepada urusan bantuan pasca banjir kepada mangsa dan usaha kepada perpaduan ummah.
“Keputusan diambil selepas mendapat penjelasan daripada UMNO Bahagian itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada malam Rabu.
Mengenai PRK Permatang Pauh, Najib berkata soal kekosongan kerusi atau pilihan raya kecil perlu diadakan belum diputuskan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Kita tunggu ikut pada tafsiran Perlembagaan oleh SPR, jika sudah diputuskan, MT akan bermesyuarat untuk tentukan keputusan,” katanya.
PRK DUN Chempaka diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan PRK DUN Chempaka akan diadakan pada 22 Mac depan, manakala penamaan calonnya pula pada 10 Mac.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13, bekas menteri besar Kelantan itu mengalahkan calon BN, Wan Razman Wan Abd Razak, dengan majoriti 6,500 undi.
** Berdasarkan pengalaman serta penglibatan dalam PRK-PRK sebelum ini, Penulis sebenarnya lebih suka andai BN tetap bertanding di PRK Chempaka memandangkan inilah peluang terbaik kerajaan untuk membantu rakyat khususnya Melayu yang merupakan 90% pengundi di Chempaka.
Kita tidak perlu "menyerang" PAS, sebaliknya berkhidmat dengan sebetul-betulnya demi Melayu dan Islam, Insya Allah sokongan itu akan datang. Dengan keputusan ini, masyarakat di Chempaka khususnya Melayu sedikit rugi kerana limpahan bantuan serta projek-projek pembangunan yang biasanya "mencurah-curah" semasa PRK tidak akan dirasai.
Apa pun, andai ini membuka laluan kepada penyatuan Melayu antara 2 Parti terbesar dalam negara, penulis sokong sepenuhnya. Dan seandainya keputusan ini berlandaskan rasa simpati kepada Arwah Nik Aziz serta bacaan kekalahan sekiranya tetap bertanding, UMNO dan BN telah melakukan kesilapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....