Persoal Khutbah Jumaat : Exco Cina Penang Disiasat Polis!!



Polis akan menjalankan siasatan terhadap Ahli Exco Pulau Pinang, Chong Eng, kerana dipercayai mengkritik khutbah Jumaat berkenaan isu menutup aurat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi status akaun Twitternya malam tadi, berkata Chong Eng akan disiasat di bawah Seksyen 298 Akta Kanun Keseksaan.


"PDRM berkali-kali mengingatkan orang awam supaya berhati-hati membuat komen yang menyentuh sensitiviti perkauman dan agama, tetapi tidak juga diendahkan," katanya.

Media dalam talian melaporkan Chong Eng dalam kenyataannya semalam mengkritik khutbah Jumaat minggu lepas oleh Jabatan Agama Islam yang bertajuk “Aurat: Antara Kebebasan dan Maruah Diri”.

Laporan itu memetik Chong Eng yang menyifatkan mesej tutup aurat tidak membantu wanita daripada serangan seksual dan penderaan. – Bernama, 10 Februari, 2015.

1 ulasan:

  1. Sekurang-kurangnya pedoman khutbah tersebar keluar daripada lingkungan umat Islam. Sebelum ni eric paulsen membaca salinan teks ucapan khutbah. Mungkin penentangan adalah titik permulaan.
    Perasaan hambar atau tak puas hati mereka berdua akan reda sekiranya usaha merujuk teks pedoman khutbah akan datang diteruskan tanpa noktah.
    Ayat Al-Quran itu mukjizat dan hadis nabi itu pedoman hidup manusia.
    Chong Eng dan eric paulsen tingkatkan membaca Quran dan hadis insyaallah selamat dunia dan akhirat.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....