MEMALUKAN!!! Demi Hudud, PAS Sembah Gobind Singh Deo!!



Haru--Haru..... Pelik juga dengan tindakan Pemuda PAS ni. Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat telah merendahkan martabat PAS seterusnya perjuangan mereka dengan tindakan terbaru ini.

Barangkali kalau disamakan dengan Pemuda UMNO, status mereka lebih kurang sama sahaja. Kecuali Ketua Pemuda UMNO bijak menonjolkan diri termasuklah dengan berstokin pink!

PAS masih bercakap tentang HUDUD. Walaupun UMNO tidak ada masalah dengan hudud untuk dilaksanakan di Kelantan, bahkan telah berikrar untuk memberikan sokongan sama ada pembentangannya di Parlimen mahupun di DUN Kelantan, nampaknya yang menjadi keutamaan Pemuda PAS di bawah Suhaizan Kaiat sekarang adalah DAP.

Dan kerana itulah, demi mendapatkan restu, Suhaizan Kaiat terpaksa datang menyembah Gobind Singh Deo, anak lelaki Karpal Singh.

Karpal Singh semasa hidupnya dengan tegas menolak HUDUD dan QISAS kerana beranggapan ia bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia. Walaupun cuba dipujuk kononnya, Karpal Singh sudah berlembut hati setelah PAS berkawan dengan DAP, hakikatnya sehingga ke saat-saat akhir hidupnya pun, Karpal Singh tetap dengan pendiriannya.

Dan kini pendirian tegasnya itu diikuti oleh Gobind Singh Deo!

BACA LAGI KLIK SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....