#Liwat2.0 : HUYEIII...PKR Adakan Joget Lambak Depan Penjara Mulai Esok!!



Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) pada sidang media di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat, Merchant Square, Petaling Jaya. Turut hadir, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (kiri) dan Naib Presiden PKR , Rafizi Ramli (tiga dari kiri). - Foto Asyraf Hamzah

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan perhimpunan di hadapan penjara Sungai Buloh setiap hari bermula malam esok bagi menyatakan solidariti kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"(PKR juga akan) mengatur solat hajat pada hari Khamis malam Jumaat ini di setiap Cabang PKR seluruh negara," kata Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Hadir sama pada sidang media itu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, Setiausaha Agung yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli serta pimpinan PKR lain.

Ditanya sama ada sudah ada perbincangan berkenaan status ketua pembangkang, Wan Azizah berkata, ia akan ditentukan selepas perbincangan diadakan bersama PAS dan DAP.

"(Perbincangan itu diadakan) dalam masa terdekat," katanya turut sama memaklumkan belum lagi ada keputusan berhubung pengganti Anwar yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh akan datang.

Anwar, 67, siang tadi gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya terhadap sabitannya meliwat bekas pembantu peribadinya - Berita Harian Online

Antara intipati sidang media Kak Wan Jijah;

Pemenjaraan saudara Anwar Ibrahim tidak akan melemahkan semangat dan daya juang kami. Malah KEADILAN akan memperkukuh kepimpinan dan jentera parti untuk meneruskan perjuangan melaksanakan agenda rakyat demi Malaysia yang lebih baik. Kami juga tekad untuk memperkukuhkan permuafakatan dalam Pakatan Rakyat.

Oleh itu, dalam masa terdekat, KEADILAN akan:

1) memfailkan usul di Parlimen untuk mengkritik perilaku hakim-hakim Mahkamah Persekutuan di dalam kes Fitnah 2 yang memenjarakan saudara Anwar Ibrahim

2) menggalakkan orang ramai untuk menyertai perhimpunan solidariti (vigil) di luar Penjara Sg Buloh setiap hari, bermula malam esok (Rabu, 11 Feb 2015)

3) mengatur solat hajat pada hari Khamis malam Jumaat ini di setiap Cabang KEADILAN seluruh negara.

KEADILAN istiqamah dan komited untuk tidak mensia-siakan pengorbanan saudara Anwar.

Seperti saudara Anwar, KEADILAN juga tidak akan sekali-kali mengalah. “We will never surrender!”

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

10 Februari 2015

(Sidang media ini berlangsung di ibu pejabat parti)

*** Kat mana permuafakatannya? Yang penulis nampak inilah peluang Azmin untuk menerajui PKR DAN SETERUSNYA PR.

Jangan lupa, Azmin bergurukan Tun Mahathir dan Bang Non, sedangkan Bang Non hanya Tun seorang..... Ngeh..ngeh...ngeh.... Sape yang kena?

Kepada macai-macai yang takde kerja tu dipersilakanlah penuhi perkarangan penjara Sungai Buluh yer....

2 ulasan:

  1. Dah berkali-kali buat solat hajat. Allah dah tunjukkan kebenaran pun tak boleh terima. Belajar lah redha.

    BalasPadam
  2. Banyak juga tu kos nak upah orang berhimpun hari2.Sponsor banyak oklah kot.

    Jijah tak sedarke yg orang ramai dah muak dengan sosok tubuh yg bernama anwar ibrahim ni?Tak habis2 kes peibadi yg menjijikkan.Bila kantoi heret satu negara suruh cover.Tengok berapa kerat yg hadir kat mahkamah tadi pun dah tahu tahap sokongan.Setakat seribu dua yg datang tu biasalah...zizan raja lawak pun boleh kumpul lagi ramai peminat kot.

    Buatlah solat hajat 24/7.Lagi cepat tuhan tunjukkan kebenaran,insyaallah.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....