Sebuah Cyber Cafe didatangi seorang individu bersenjatakan parang merompak kaunter Cyber Cafe tersebut.
Dalam kejadian pada 3 Februari 2015, di Lembah Impiana, Kulim, Kedah, suspek yang berbangsa India, 30an itu telah mengambil sejumlah wang lebih kurang RM40 selain telefon bimbit.
Menurut mangsa, suspek seperti tidak berpuas hati dan menariknya keluar dari kaunter. Mangsa bagaimanapun cuba mempertahankan diri dan berlaku satu pergelutan.
Mangsa mengalami kecederaan yang serius di bahagian tangan kiri dan ibu jari tangan sehingga hampir terputus selain kecederaan pada tangan kanan.
Diharap kepada sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini boleh memaklumkan kepada pihak polis - SIAKAP KELI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....