TG Nik Aziz "Dipelihara" : Kisah Karut Yang Terbongkar Akhirnya!!!



Memang rasa pelik dengan kisah dan cerita tentang perkara-perkara yang dikhabarkan berlaku sepanjang TG Nik Aziz berada di HUSM Kelantan. Akan tetapi, tanpa sebarang maklumat dan info yang tepat, kita tidak berani membuat apa-apa andaian kerana yakin Allah mampu melakukan segala yang dikehendakiNYA.

Namun, tanda tanya perihal kononnya kelebihan-kelebihan yang dimiliki TG Nik Aziz akhirnya terjawab dengan penjelasan dan perkongsian dari sahabat Abu Aqif Studio ini. Jom terjah.......


Posting saya sebelum ini (baca di sini) mengundang kemarahan pengikut TG Nik Aziz yang terlalu taksub dan terlalu percaya dengan kisah karut dan tahyul. Walaupun sudah diberikan beberapa fakta dan kisah Nabi sallallahu alaihi wassalam yang juga sakit seprti manusia lain, namun semua ini tidak lut untuk mengubah pendirian taasub pengikut TG Nik Aziz. Rata-rata mengambil kisah itu secara membuta tuli tanpa memeriksa kesahihan cerita karut tersebut.

Kisah karut ini dikatakan disebarkan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani beserta dengan bukti audio sekali. Baca posting sebelum ini di sini.

Qadarallahu masya fa'ala, tidak sampai beberapa jam, kisah karut ini terbongkar. Lebih menarik, kisah karut ini dibongkar sendiri oleh sepupu beliau iaitu Mohd Sabri Salleh

Tidak perlulah saya menulis panjang. Apa yang saya mahu highlight di sini adalah kisah TG Nik Aziz yang mampu mengambil wuduk, tahajjud jam 4 pagi, konsisten dengan solat 5 waktu, minum air teh, berbual sebelum dan sesudah solat walaupun telah disuntik dengan ubat tidur yang paling kuat adalah palsu semata-mata. 

Kisah tersebut terbukti karut lagi takyul. Persoalannya, bagaimana seorang yang ber-title ustaz mampu untuk menyebarkan cerita karut, tahyul bahkan palsu ini kepada pengikutnya tanpa rasa bersalah?

Bagaimana dengan kisah² karut dan tahyul yang lain berkaitan dengan TG Nik Aziz yang masih berlegar di dalam masyarakat kita? Saya pasti dan yakin cerita dan kisah² itu juga adalah palsu.

Kami rakyat Malaysia tidak mahu lagi cerita atau kisah² karut dan tahyul seperti ini disebarkan lagi. Ianya sungguh membuang masa dan tidak berfaedah juga merendahkan minda. Lebih malang, akidah kita juga akan rosak dan bertambah buruk jika kita juga menjadi agen penyebar cerita dan kisah karut dan tahyul seperti ini. Mungkin ada saham yang tidak baik disitu yang akan dihisab di akhirat kelak

Allahu musta'an...







"Ya Allah ya Tuhanku, kepada mu hamba berdoa, jika usia beliau masih panjang maka sembuhkanlah beliau drp penyakitnya dan sihatkanlah beliau seperti sediakala. Jika usianya sudah tercatit tidak panjang, maka akhirilah hayat beliau dengan tenang dan sempurna.Janganlah diuji beliau dengan sakit yang berpanjangan. Makbulkanlah doa hamba yang serba kekurangan ini wahai Ya Allah. Sesungguhnya engkaulah yang maha berkuasa, pengasih dan penyayang. Amin amin ya Rabbal Alamin".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....