KERETA polis menyekat laluan di timur Paris apabila seorang lelaki bersenjata dilaporkan menahan seorang tebusan di sebuah kedai runcit. - Foto AFP
PARIS: Satu lagi insiden tembakan berlaku di timur Paris dengan seorang lelaki bersenjata dilaporkan menahan seorang tebusan di sebuah kedai runcit.
Lelaki bersenjata itu disyaki individu sama yang membunuh seorang polis wanita di selatan Paris semalam serta dipercayai mempunyai kaitan dengan mereka yang menyerang pejabat Charlie Hebdo kelmarin. - AFP
Dalam perkembangan yang lain, sokongan buat anggota polis yang mati ditembak dalam kejadian di pejabat majalah satira Charlie Hebdo di Paris datang mencurah-curah selepas beliau dikenal pasti sebagai seorang Muslim.
Orang ramai memuji Ahmed Merabet, 40 tahun, yang disanjung kerana berani dalam melaksanakan tugasnya sebagai seorang anggota polis peronda berbasikal, lapor The Guardian.
Beliau juga dipuji kerana gugur ketika mempertahankan hak sebuah penerbitan untuk memperolok-olokkan agamanya.
Pengguna media sosial Facebook dan Twitter giat memuatkan slogan #JeSuisAhmed (Saya Ahmed) di laman mereka sebagai tanda sokongan kepada Ahmed.
Slogan itu muncul sehari selepas orang ramai melaung-laungkan slogan #JeSuisCharlie (Saya Charlie) semalam.
Menurut seorang pegawai polis, Ahmed Merabet diarahkan ke tempat kejadian bersama seorang rakan setugas wanita.
Beliau tiba sewaktu kereta hitam yang dinaiki dua penembak itu baru sahaja meninggalkan pejabat Charlie Hebdo.
"Beliau sedang berjalan dan terserempak dengan pengganas tersebut.Beliau mengeluarkan senjatanya. Itu kerja dan tanggungjawabnya," kata Rocco Contento, seorang rakan sekerja Ahmed dari balai polis tempatnya bertugas.
Kesatuan sekerja polis Perancis memuatkan slogan #jesuispolicier (Kami polis) di laman web dan kain rentang Twitter mereka bagi memperingat dua rakan setugas mereka yang mati.
Rakaman video yang tersebar di Internet menunjukkan dua orang penyerang yang berpakaian hitam dan bertutup muka keluar dari kereta dan menembak bahagian celah kangkang seorang anggota polis.
Anggota polis itu kemudian rebah dan mengerang kesakitan sambil mengangkat tangannya seperti melindungi dirinya.
Pada masa sama, penembak kedua berlari-lari anak ke arah anggota tersebut dan bertanya dalam bahasa Perancis, "Kau nak bunuh kami?"
Ahmed Merabet menjawab,"Tidak, semuanya OK". Penembak kedua itu kemudian menembak Ahmed Merabet di kepala sambil berlalu pergi.
Selain Ahmed, serangan itu mengorbankan 11 yang lain termasuk empat kartunis Charlie Hebdo.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....