Pelakon Adi Putra tidak pernah membataskan watak yang akan dilakonkannya biarpun sudah menunaikan ibadah haji tahun lalu dan beberapa kali mengerjakan umrah.
Adi berkata, apa yang dilakukannya itu adalah semata-mata untuk menghidupkan watak selain menganggap ia sebagai suatu ibadah.
Adi berkata, apa yang dilakukannya itu adalah semata-mata untuk menghidupkan watak selain menganggap ia sebagai suatu ibadah.
“Saya tidak membataskan watak selepas mengerjakan haji dan umrah termasuk watak panas kerana itu adalah tuntutan kerja yang perlu dilaksanakan.
“Bagi saya walaupun melakukan babak panas tetapi ia dilakukan di hadapan beberapa kru. Apa yang saya lakukan itu atas dasar pekerjaan dan pekerjaan itu merupakan satu ibadah,” ujarnya.
Adi berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada pemilihan watak-wataknya terbatas atau bersyarat selepas menunaikan ibadah haji September tahun lalu. Katanya, babak-babak panas yang dilakonkan itu tidak semestinya bersentuhan sebaliknya lebih banyak menggunakan teknik kamera bagi mendapatkan kesan terbaik.
“Nama sahaja babak panas tetapi ketika melakonkannya ialah di hadapan ramai dan ada yang tidak bersentuhan pun.
“Banyak babak panas terutama di ranjang hanya guna teknik kemera sahaja,” ujarnya.
Sumber
Apa punya kenyataan daa..... Adi, elok ko pergi berguru atau belajar agama la. Jangan cuba menghalalkan sesuatu yang jelas hukumnya haram di sisi agama. Jangan rosakkan orang lain dengan kenyataan ko yang ntah apa-apa ni.
Ingatlah, dunia ni hanya sementara, jangan sesekali mempersenda hukum yang Allah dan tetapkan.

Ibadah la sangat... Ok, lepas ni aku banned diri aku dan keluarga aku dan tak hingin tengok apa2 yg ada kena mengena dgn kou.
BalasPadamIbadah la sangat ya!. OK lepas ni aku banned diri ku dan keluarga ku dari tengok apa2 yg ada kena mengena dgn kou.
BalasPadam