MEROYAN!!! Kit Siang Tuduh Menteri Terlibat Fitnah Bapa Rusuhan Kaum!!!




Kah...Kah...Kah....Kit Siang Oh Kit Siang.....Meroyan dah apek tua ni. Mungkin akibat strategi memakan diri dengan tindakannya membelasah Hj Hadi isu Pilihanraya PBT, pemimpin veteran DAP itu cuba mengalihkan kecaman yang diterimanya kepada sasaran baru yang juga merupakan seorang menteri kabinet.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyatakan beliau telah difitnah sebagai Bapa 13 Mei oleh tentera siber UMNO.



Menurut Kit Siang, kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan akan menyebabkan tragedi 13 Mei berulang telah dieksploitasi tentera siber UMNO.

“Akaun twitter saya telah dijadikan serangan oleh tentera siber UMNO. Ia juga menjadi sasaran beberapa siri serangan dengan menggunakan akaun palsu, menyebarkan penipuan, mesej dan juga grafik fitnah,” dakwanya dalam kenyataan media.

Jelas Ahli Parlimen Gelang Patah itu, salah satu tema serangan yang disasarkan terhadapnya adalah menuduh beliau sebagai punca rusuhan kaum 13 Mei di Kuala Lumpur.



“Seperti tweet berbunyi “TAHUKAH ANDA? @limkitsiang adalah pencetus Rusuhan Kaum 13 Mei.. #DAPRasis #S14,” ujarnya.

Beliau menambah, serangan menggunakan grafik fitnah menampilkan Kit Siang sebagai seseorang berpakaian komunis seperti Mao Zedong, dengan kapsyen berbunyi: “MELAYU KELUAR! APA LAGI DUDUK SINI, KITA HENTAM LU, SEKARANG KITA SUDAH ADA KUASA” LIM KIT SIANG (BAPA 13 MEI)

Memperjelaskan mengenai perkara itu, Kit Siang menyatakan pada peristiwa hitam 13 Mei 1969, beliau tidak berada di Kuala Lumpur.


Dakwa Kit Siang, serangan penipuan oleh tentera siber UMNO terhadap DAP sepanjang beberapa hari adalah bukti kemunafikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

“Shabery Cheek kononnya akan mengambil tindakan tegas terhadap penyalahgunaan internet di negara ini, terutamanya yang melibatkan penyebaran fitnah di media sosial,” ujarnya.

Katanya, Shabery juga perlu memperjelaskan sama ada beliau bertanggungjawab ke atas serangan fitnah oleh tentera siber UMNO.

“Tidak masuk akal bahawa penyalahgunaan internet sebegini boleh berlaku di depan matanya tanpa beliau sedari,” ujarnya.

- SUMBER

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....