MASJID DILARANG AZAN SUBUH? Ini Penjelasannya!!!



Berikutan artikel penulis semalam, pelbagai komen dan kritikan diterima tanpa sebarang bukti atau hujah yang dapat memperbetulkan keadaan sehinggalah awal pagi ini menerima personal message (PM) di FB.
Butiran mesej adalah seperti berikut :



Berikut adalah penjelasan dari PA Exco Hal Ehwal Agama Datuk Abdul Malik Abul Kassim yang popular dengan pangilan Cikgu Zul yang dipetik dari Facebook beliau..

Tadi saya menerima panggilan telefon mengadu kononnya Masjid At Taqwa, Taman Tun Sardon melarang azan kerana terdapat bantahan bukan Islam.

Pengadu mengaku mewakili sebuah NGO Melayu memaklumkan Pengerusi NGO itu ingin menemui Exco Agama untuk berbincang perkara itu.

Setelah didesak, beliau mengaku hanya mendengar tuduhan itu daripada pihak lain.



Walaupun saya cukup yakin, ia hanya "fitnah zaman tok nadoq," tetapi saya tetap menghubungi Pengerusi Masjid berkenaan, En. Abdul Aziz Mohd Shariff untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sambil berikhtifar panjang dan mengaku ia fitnah pihak tertentu, Aziz menjelaskan "PA Sistem" masjid bernilai hampir RM100k. 'Volumenya' tidak pernah diubah, sentiasa kuat setiap waktu solat.

Katanya, depa ni sengaja nak bagi kita orang Melayu berlaga ( bergaduh ) dengan Cina.

"Encik Zul, mailah melawat masjid kalau nak dengar laungan azan masjid kami," tambahnya.

Masjid At Taqwa adalah antara masjid yang aktif menjalankan aktiviti keagamaan.

Kebetulan, seorang kakitangan pejabat Exco Agama adalah anak khariah masjid At Taqwa. Beliau mengesahkan azan sentiasa berkumandang di masjid itu.

Seorang teman kemudiannya mengirimkan saya salinan surat aduan tentang perkara itu daripada sebuah NGO.

Setelah diamati, rupa-rupanya NGO inilah yang selalu berdemo kat Komtar dengan dua tiga kerat "pejuang Melayu."

Nasihat saya, carilah isu lain, untuk nak jadi jaguh Melayu di Pulau Pinang !

Wassalam...






1 ulasan:

  1. Paham betul2..... Azan memang berkumandang macam biasa cuma yang TAK DIBENARKAN IALAH AZAN SUBUH.

    BalasPadam

APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....