Hanya kerana semata-mata dituduh mencuri sesuatu yang menjadi milik majikannya, seorang remaja dilaporkan telah dibelasah tanpa belas kasihan sehingga mati.
Mayat remaja itu yang dianggarkan berusia 16 tahun telah ditemui dengan kesam lebam dan berbirat di seluruh tubuh, dipercayai akibat dipukul di sebuah premis mencuci kenderaan di Lebuh Carnarvon, malam tadi.
Lebih memilukan, remaja malang itu yang hanya dikenali sebagai Muneeswaran adalah merupakan seorang anak yatim piatu.
Datuk Mazlan Kesah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang menjelaskan bahawa pihak polis kini sedang giat menyiasat tempoh remaja itu telah bekerja di premis tersebut.
Ini adalah kerana mangsa masih berada di bawah jagaan sebuah rumah anak yatim persendirian di Jalan Scotland.
"Polis percaya lebih dari dua suspek terlibat dan kami turut menemui kerusi plastik yang telah patah dan kabel elektrik sepanjang 0.9 meter dipercayai digunakan untuk memukul mangsa," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari sebuah portal hari ini.
Susulan itu, beliau memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes berkenaan supaya tampil membantu siasatan pihak berkuasa. -Kedahnews.c
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
APA Kata Anda?
Ada berita dan info menarik di tempat anda? Kongsikan di SINI....